
Selain lemang dan rendang yang sering dicari pada Hari Raya, dodol juga tak kurang hebatnya. Apa kata, anda cuba buat sendiri dengan resepi Dodol kukus yang mudah di rumah.
Dodol adalah sejenis manisan tradisional popular di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara Asia Tenggara lain yang mempunyai tekstur kenyal dan agak melekit serta berwarna coklat gelap.
Proses pembuatan dodol mengambil masa yang agak lama kerana ia perlu dimasak dengan api yang kecil sambil dikacau secara berterusan untuk mendapatkan tekstur yang betul.
Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian resepi Dodol kukus oleh Mazaliza Mahayuddin di Facebook dengan cara yang sangat menarik tanpa perlu mengacaunya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Kukus Makanan Tanpa Pengukus, Lebih Mudah Dan Jimat Air!
RESEPI DODOL KUKUS SUKATAN CAWAN

Bahan A:
- 4 cawan tepung pulut
- 4 sudu besar tepung beras
- 2 cawan santan
- Sedikit garam
Bahan B:
- 2 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan gula merah, gula pasir, air, daun pandan bersama santan ke dalam periuk.
2. Masak sampai gula hancur dan mendidih, kemudian tapiskan.
3. Campurkan tepung pulut, tepung beras, santan dan garam bersama adunan tadi sampai sebati, kemudian tapiskan lagi.
4. Kemudian, lapikkan loyang dengan daun pisang dan masukkan adunan yang telah ditapis ke dalam loyang.
5. Akhir sekali, kukus selama 30 minit. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Dodol kukus ini sesuai digunakan untuk buat pencuci mulut dalam juadah Hari Raya. Rasa manis pekat serta teksturnya yang lembut dan kenyal pasti buat anda puas hati nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazaliza Mahayuddin
Baca juga: Resepi Lemang Kukus Guna Cawan Kertas, Lembut Dan Lemaknya Cukup Rasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














