Categories: Resipi

Sejuk Tekak Hirup ‘Dessert’ Homemade, Campuran Buah Markisa & Bahan Lain Yang Menyegarkan!

Cuaca panas seperti sekarang sangat nikmat kalau dapat hirup sesuatu yang menyejukkan tekak. Ada banyak resepi dessert homemade yang boleh dicuba, antaranya adalah koktail buah campur, laicikang, cha ba ang dan sebagainya.

Kali ini MyResipi akan berkongsikan resipi pencuci mulut berasaskan buah markisa atau dikenali dengan nama passion fruit. Buah markisa akan dicampur dengan jus limau kasturi, puding, madu dan sebagainya.

Apabila dihirup, kita akan merasai tekstur puding yang lembut dan cair di dalam mulut. Sangat menyegarkan!

Baca juga: Cara Buat Puding Koktail, Bukan Saja Cantik Tapi Sedap, Lembut & Kurang Manis!

RESEPI DESSERT HOMEMADE BUAH MARKISA

Bahan-bahan:

  • 4 buah markisa yang sudah masak (ripe passion fruit)
  • 8 biji limau kasturi
  • 100g madu asli
  • 20 ketul ais
  • Daun pudina untuk hiasan

Bahan untuk pudding peppermint:

  • 3 uncang teh pudina
  • 1.6 liter air
  • 30g serbuk gelatin ikan (halal)
  • 50g gula

Cara-cara:

1. Didihkan air untuk membuat teh pudina. Biarkan uncang teh berendam selama 3 minit, kemudian buang uncang tersebut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

2. Tambahkan gula dan serbuk gelatin ke dalam teh pudina. Kacau untuk melarutkan gula dengan menggunakan api perlahan.

3. Kemudian biarkan adunan mendidih untuk larutkan gelatin sepenuhnya. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sehingga ia keras.

4. Cuci bersih buah markisa dengan air garam. Potong buah markisa dan cedok isinya untuk digunakan nanti. Belah dua limau kasturi dan buang biji pahit.

5. Setelah puding mengeras, potong kepada kiub kecil. Letakkan ke dalam mangkuk besar.

6. Kemudian masukkan isi buah markisa, perahan limau kasturi, madu dan kiub ais. Gaul rata sehingga madu larut dalam ais. Tambahkan ais dan madu mengikut citarasa anda.

7. Hidangkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit resipi dan gambar: Joyce Goh

Baca juga: Resipi Koktail Buah Campur, Ringkas Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan Tekak

Nasiha

Recent Posts

Kuah Laksa Kedah ‘Original’, Resipi Turun-Temurun Nenek Moyang

Penggemar laksa wajib cuba resepi laksa Kedah yang dikongsikan ini kerana ia merupakan resipi original…

2 hours ago

Resepi Kek Marble Simple Paling Bajet, Gebu Gebas Walau Dengan 5 Bahan Saja!

Ada sesiapa sedang mencari resepi pencuci mulut tanpa menggunakan banyak bahan? Paling istimewa, kami akan…

4 hours ago

Kuih Bakar Pandan Sedap Paling Mudah, Mak-Mak Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja!

Mak-mak suka meluangkan masa di dapur untuk masak sesuatu yang lazat. Tambahan pula waktu petang…

4 hours ago

Resipi Pulut Lemak Bersama Ikan Rebus, Ada Cara Mudah Lembutkan Pulut!

Entri hari ini kami kongsikan resipi pulut lemak bersama ikan rebus yang manis-manis. Ini merupakan…

5 hours ago

Sagu Bunga Telang Gula Melaka, Manisan Lemak Manis Berwarna Biru!

Resipi pencuci mulut pada hari ini yang sangat klasik adalah sagu bunga telang. Mempunyai rasa…

5 hours ago

Resipi Kuih Bom Pisang Montel, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Kuih bom pisang ini kelihatan sama seperti cekodok pisang, tetapi sebenarnya tidak sama. Tekstur kuih…

6 hours ago