Ada pelbagai resepi ayam masak kicap yang boleh anda cuba. Ada yang jenis kering dan ada juga yang berkuah.
Kali ini jom MyResipi kongsikan cara buat ayam masak kicap versi kering seperti yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.
Menurut beliau, lagi kering lagi sedap! Jom kita ikuti bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Baca juga: Resipi Ayam Kicap Mayonis Yang Lazat, Sedap Sampai Menjilat Jari!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau dipotong kasar lalu ditumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil supaya lebih cepat masak. Boleh juga gunakan bahagian lain seperti dada.
3. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kicap lemak manis. Jika tak suka manis, gunakan kicap lemak masin. Sentiasa gaul ayam.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Sos-sos ini membantu memekatkan kicap. Gaul hingga sebati.
5. Boleh tambah garam jika tidak masin. Biarkan kuah memekat. Boleh masukkan sedikit bawang Holland.
6. Bila kuah dah kering, boleh masukkan daun bawang atau apa sahaja daun yang ada di dalam peti sejuk. Barulah nampak lebih menyelerakan.
7. Siap dan sedia dihidang.
Kredit resipi dan gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…