resepi dalca daging

Menjelang Hari Raya Haji, pasti ramai yang mula mencari idea menu berasaskan daging korban selain rendang dan sup. Salah satu hidangan yang makin popular dan cukup membuka selera ialah resepi dalca daging.

Kuahnya yang pekat, lemak santan dan dipenuhi aroma rempah memang sangat sesuai dimakan bersama nasi panas seisi keluarga. Tambahan pula, gabungan daging empuk bersama kacang dhal dan sayur-sayuran menjadikan hidangan ini lebih lengkap serta mengenyangkan.

Perkongsian resepi dalca daging ini turut menarik perhatian ramai kerana hasil kuahnya nampak cantik, pekat dan sangat menyelerakan. Kalau anda sedang mencari menu istimewa untuk Hari Raya Haji, memang wajib cuba resepi ini.

Baca juga: Ayam Masak Kuzi, Jom Cuba Buat Lauk Sedap Ini Untuk Raya Haji

RESEPI DALCA DAGING PALING SEDAP

resepi dalca daging

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 3 cawan santan
  • 180 gram kacang dhal
  • 3 biji kentang (dipotong 4)
  • 2 biji cili hijau atau cili merah
  • 4 tangkai kacang panjang (dipotong 2 inci)
  • 3 biji terung panjang (dipotong 2 inci)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 2 tangkai daun kari
  • Asam keping atau air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar Halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar

Bahan Mayang Halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah kecil

Bahan Rempah Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus Kacang Dhal

  • Basuh kacang dhal sehingga bersih kemudian rebus sehingga lembut. Setelah empuk, angkat dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Rebus Daging Hingga Empuk

  • Rebus daging sehingga benar-benar lembut dan empuk. Jangan buang air rebusan kerana air ini akan digunakan untuk menambahkan rasa kuah dalca supaya lebih sedap dan beraroma.
  • Selepas daging empuk, hiriskan nipis.

3. Tumis Bahan-bahan

  • Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Masukkan bahan mayang halus, bahan kisar halus, daun kari serta rempah tumis. Tumis sehingga naik bau dan bertukar sedikit kekuningan.

4. Masukkan Rempah Kari

  • Masukkan rempah kari daging bersama cili kisar.
  • Kacau sehingga pecah minyak. Langkah ini penting supaya resepi dalca daging menjadi lebih sedap, wangi dan tidak berbau mentah.

5. Masukkan Daging dan Sayur

  • Masukkan daging bersama air rebusannya.
  • Kemudian masukkan kacang dhal, kentang, karot, cili hijau atau merah, asam keping dan santan.
  • Biarkan mendidih sehingga sayur mulai empuk.

6. Masukkan Tomato dan Terung

  • Akhir sekali, masukkan tomato dan terung.
  • Masak lagi sehingga semua bahan lembut dan kuah menjadi pekat mengikut citarasa.

7. Perasakan

  • Tambah garam secukup rasa.
  • Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Tips Resepi Dalca Daging Jadi Lebih Sedap

  • Gunakan daging yang mempunyai sedikit lemak supaya kuah lebih berlemak dan sedap.
  • Tumis rempah sehingga pecah minyak untuk mendapatkan aroma yang lebih padu.
  • Santan segar akan menghasilkan kuah dalca yang lebih wangi dan pekat.
  • Boleh tambah sayur lain seperti bendi atau labu mengikut citarasa.
  • Pastikan daging direbus sehingga benar-benar empuk supaya mudah menyerap kuah.

Resepi dalca daging ini menjadi pilihan ramai kerana kuahnya pekat, lemak dan penuh rasa rempah. Gabungan kacang dhal bersama sayur-sayuran pula menjadikan hidangan lebih seimbang dan menyelerakan.

Memang sangat sesuai dijadikan menu istimewa ketika Hari Raya Haji, kenduri keluarga atau makan tengah hari hujung minggu. Sekali cuba memang susah nak berhenti menambah nasi!

Selamat mencuba!

Sumber: Khumeroh Mamanya Izamfirman

Baca juga: Tips Masak Daging Korban Supaya Empuk & Wangi, Confirm Sedap Bila Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN