Daging salai biasanya digunakan untuk membuat masak lemak cili padi. Hidangan ini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memasak masakan lain seperti daging salai black pepper.
Resipi perkongsian oleh Puan Liza Idris ini memang unik dari lain. Ia boleh dikatakan gabungan masakan kampung dan barat. Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti perkongsian oleh beliau di bawah.
Baca juga: Resipi Daging Paprik Yang Padu, Confirm Tak Makan Dekat Kedai Dah
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sos:
Cara memasak:
1. Tumbuk kasar 1/2 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Boleh kisar saja lebih cepat dan pantas.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Kacau sampai naik bau dan letak serai yang diketuk dengan lesung tumbuk.
4. Apabila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan daging salai. Kacau sebati.
5. Letak setengah sudu besar serbuk lada hitam yang ditumbuk. Letak sikit saja kalau tak makan pedas.
6. Masukkan semua bahan-bahan sos. Gaul sehingga rata. Tuangkan juga 2 cawan air. Kacau sekejap sehingga mendidih.
7. Kemudian, masukkan carrot dan kacau lagi.
8. Apabila carrot sudah lembut, masukkan cili benggala, setengah biji bawang holland yang dipotong bulat dan tomato.
9. Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang jika ada. Baru lebih sedap!
10. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Liza Idris
Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Sedap Makan Lepas Siap Masak
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…