Resepi daging masak palembang ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Rosni Musa.
Menurutnya, menu ini dipelajari dari ibu mentuanya dan boleh dikatakan menu warisan orang dulu-dulu.
Selain dimakan dengan nasi, boleh juga dinikmati bersama nasi impit. Cicah dengan roti pun sedap juga.
Baca juga: Tip Buang Lemak Dalam Sup Tulang, Baru Lagi Sihat & Bibir Tak Berminyak!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar. Kalau buat dalam kuantiti banyak, sila blend saja.
2. Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai dan halia yang diracik. Tumis seketika.
4. Kemudian masukkan pula cili kisar dan rempah kari. Rempah kari jangan banyak. Sedikit dah memadai. Kacau rata.
5. Tuang sedikit air. Kacau lagi dan tumis sehingga pecah minyak.
6. Lalu masukkan daging. Daging ini sudah lembutkan menggunakan pressure cooker. Kalau tak ada pressure cooker, renehkan daging sehingga lembut. Letak air dalam kuantiti yang banyak.
7. Bila dah memekat masukkan santan. Santan sikit saja tau.
8. Kacau dan renehkan lagi dan biarkan pekat.
9. Perasakan dengan garam, serbuk cukup rasa dan sedikit gula. Bahan perasa jangan letak banyak sangat sebab nanti nak letak kicap.
10. Bila dah kacau sebati, masukkan pula asam keping.
11. Kemudian renjiskan kicap manis. Kicap jangan banyak sebab kita bukan nak buat masak kicap. Asalkan warna dah bertukar kelabu.
12. Akhir sekali taburkan daun kari. Kacau rata dan renihkan sehingga pekat.
13. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rosni Musa
Baca juga: Cara Masak Sup Tulang & Daging, Resipi Super Mudah & Sangat Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…