resepi daging bakar thai

Buat anda yang sedang mencari resepi Daging Bakar Thai yang menyelerakan, kenalah tengok yang kami kongsikan ini. Malah, ada rahsia buat sos pencicah yang sedap tau.

Daging Bakar Thai merupakan daging bakar yang dicicah dengan sos Thai. Walaupun nampak ringkas, namun hidangan seperti ini sudah cukup memikat selera.

Fauzi Karim telah kongsikan resepi Daging Bakar Thai di Facebook yang kelihatan sungguh lazat. Jom kita cuba!

Baca juga: Nak Masak Daging Kicap Kering, Letak Satu Bahan ‘Ini’ Baru Aroma Memikat

RESEPI DAGING BAKAR THAI

resepi daging bakar thai

Bahan-bahan perapan daging:

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Lada hitam ditumbuk
  • Sos ikan (nampla)
  • Gula perang (jika tiada, boleh guna madu atau gula biasa)
  • Minyak
  • Daging (boleh guna mana-mana bahagian)

Bahan-bahan sos:

  • 3 sudu sos ikan (nampla)
  • Gula perang (jika tiada, boleh guna gula biasa)
  • Chili flakes (saya guna cili kering yang digoreng sendiri dan ditumbuk)
  • Sedikit air
  • Limau kasturi
  • Air asam jawa (tambh sendiri sebab nak nampak lagi pekat)
  • Perasa
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Bawang kecil (dihiris)
  • Sedikit beras (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan atau perang dan ditumbuk halus)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cucuk-cucuk daging dengan garfu terlebih dahulu (lebih puas jika ada lemak-lemaknya).

2. Selepas itu, gaul dan perap semua bahan selama 3 jam (saya buat semalaman sebab lebih lama, lebih sedap). Sukatan agak-agak saja, ikut berapa banyak daging yang digunakan.

3. Boleh mula bakar, tapi jangan terlalu lama sebab takut keras pula daging itu nanti (saya bakar guna arang, bukan oven, tapi tinggikan dari bara supaya daging elok masak sekata sampai ke dalam). Siap!

resepi daging bakar thai

Cara-cara membuat sos:

1. Mula-mula, kacau semua bahan sehingga sebati.

2. Selepas itu, seimbangkan rasanya dengan gula, garam atau serbuk perasa. Siap!

Jika anda buat resepi Daging Bakar Thai ini di rumah untuk orang tersayang, pasti akan dapat pujian dan diminta untuk buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Fauzi Karim

Baca juga: Daging Masak Kicap Simple, Kuah Begini Buat Orang Makan Sampai Licin Pinggan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN