Setelah menjamu selera sewaktu berbuka puasa, pasti nak makan pencuci mulut yang sedap juga. Jadi, kami nak kongsikan resepi Dadih sukatan cawan yang cukup klasik.
Resepi Dadih sukatan cawan ini dibuat oleh Masmira Idris di Facebook dan hasilnya lemak berkrim yang cukup mengagumkan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Guna 4 Bahan Saja Tapi Lemak Berkrim!
Bahan A:
Bahan B:
Bahan C:
Bahan D:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, ambil agar-agar dalam sukatan cawan selepas dibasuh dan rebus bersama 14 cawan air (pastikan guna sukatan cawan yang sama untuk semua bahan).
2. Masukkan daun pandan dan kacau-kacau, kemudian tutup periuk.
3. Masak agar-agar dengan air sampai mendidih dan larut di dalam periuk.
4. Sementara menunggu agara-agar larut, bancuh 3 cawan tepung susu full cream dan 1 cawan creamer coffee mate bersama 3 cawan air panas.
5. Kemudian, kacau sampai susu dan creamer larut dengan sebati.
6. Apabila agar-agar sudah mendidih dan larut, masukkan 1.5 cawan gula ke dalam periuk.
7. Apabila gula pula sudah larut, masukkan bancuhan susu tepung ke dalam periuk dadih.
8. Kacau perlahan-lahan sampai kembali mendidih (jangan tinggal sebab nanti susu akan berketul).
9. Setelah masak, boleh tuang ke dalam jug untuk bancuh ikut perisa (saya buat 6 perisa, jangan lupa tapis dahulu) dan kacau sampai larut.
10. Akhir sekali, tuang dalam cup dan dinginkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap!
Dengan resepi Dadih sukatan cawan ini, anda akan dapat hasil dalam 35 bekas. Jika ada lebih, boleh sedekahkan kepada jiran dan kawan-kawan sempena bulan Ramadan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Masmira Idris
Baca juga: Cara Nak Buat Dadih Gedik, Punyalah Sedap Sampai Mak Kata Boleh Buat Niaga
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…