Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom cuba resepi dadih laici sumi yang kecil comel ini.
Resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Huda Hashim ini bukan saja sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, malah juga sesuai dijadikan perniagaan sampingan.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup mudah. Dengan hanya menggunakan 4 bahan iaitu serbuk dadih, susu cair, gula dan sumi, anda sudah boleh hasilkan pencuci mulut yang enak.
Baca juga: Resipi Puding Jagung Tanpa Tepung Kastard, Lembut Bergedik & Tak Muak
RESEPI DADIH LAICI SUMI
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 peket serbuk dadih segera perisa laici
- Susu cair 1 tin
- Gula 100 gram
- Sumi jelly
Cara-cara membuatnya:
1. Satukan serbuk dadih, susu cair dan gula. Cairkan sehingga semuanya larut dan sebati.
2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum tuang ke dalam bekas kecil yang berisi sumi (dipotong kecil). Kalau tuang sewaktu dadih masih panas, sumi akan menjadi cair dan hilang.
3. Sejukkan di dalam peti ais sehingga keras. Selamat mencuba!
Info:
- 1 peket dadih boleh dapat 50 bekas kecil
- Boleh gantikan sumi dengan agar-agar atau jelly
Kredit resipi dan gambar: Nurul Huda Hashim
Baca juga: Puding Koktel Sos Kastard Dalam Acuan Lompang, Comel-Comel Kejadiannya!
Baca juga: Resipi Puding Lapis Pandan Santan Yang Lembut & Kurang Manis, Terliurnya!