
Kalau anda masih tercari-cari resepi cucur jagung rangup yang betul-betul menjadi, ini dia petua yang mungkin anda tak pernah cuba. Rupanya ada satu teknik mudah yang boleh buat cucur lebih rangup dan padu rasanya.
Kuncinya terletak pada satu teknik mudah, iaitu tak perlu letak air langsung dalam bancuhan. Hasilnya, cucur bukan saja rangup lebih lama, tapi juga tak berminyak dan lebih terasa manis jagungnya.
Rasanya memang padu dan bau dia boleh buat jiran sebelah jenguk tingkap. Cara nak buat pun sangat mudah, cuma gaul dan goreng. Makan pula dengan sos pencicah, memang licin sepinggan.
Jadi kalau anda nak cuba kelainan dan nak hasil cucur yang puas hati setiap kali buat, jom ikut langkah yang dikongsikan ini. Sekali cuba, confirm akan jadi menu wajib setiap kali minum petang!
Baca juga: Resipi Cucur Udang Versi Mak-Mak, Tanpa Air Kapur Pun Tetap Rangup!
RESEPI CUCUR JAGUNG RANGUP

Bahan utama:
- 5 tongkol jagung (disagat)
- 6 sudu besar tepung gandum
- 3 biji telur
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa
- Sedikit serbuk kunyit
Bahan tambahan (diracik halus):
- 1 biji bawang holland
- Lobak merah (carrot)
- Cili api merah – kalau suka pedas, boleh lebihkan
- Daun kari
- Udang segar
- Udang kering
Cara penyediaan:
- Sagat jagung terlebih dahulu.
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Tak perlu letak air.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sudukan adunan dan goreng hingga keemasan.
- Angkat dan toskan. Hidangkan ketika masih panas untuk rasa paling rangup!
Sumber: Aboy Kilometer
Baca juga: Cucur Labu Manis Anti Gagal, Rasa Lemak Manis Dan Lembut Di Dalam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














