Resepi cucur manis stick atau jejari ini memang rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau dah selalu buat bulat-bulat, kali ini boleh cuba bentuk macam ini pula.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah. Pertama sekali, tepung gandum perlu dicampur air, gula, minyak masak serta beberapa bahan lain. Adunan ini kemudian digoreng hingga keemasan.
Cucur manis juga sering dijadikan sebagai snek atau pencuci mulut pada waktu petang atau sarapan pagi.
Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaannya:
1. Mula-mula didihkan air bersama gula, minyak dan garam.
2. Kemudian tuangkan bahan yang dididihkan tadi ke dalam tepung gandum. Gaul sebati menggunakan sudu. Jangan guna tangan pula, nanti melecur pula.
3. Biarkan sejuk seketika.
4. Bentuk dengan cara gulung memanjang (bentuk stick).Tak perlu basahkan tangan dengan air atau minyak sebab adunan tidak melekat pada tangan.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak sudah cukup panas, goreng cucur hingga keemasan di kedua-dua belahnya. Pastikan untuk membaliknya supaya masak merata.
6. Angkat cucur dan toskan di atas kertas dapur atau tisu untuk menyerap lebihan minyak.
7. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
Seorang lelaki berusia 43 tahun dari Guangdong, China, dikenali sebagai Chen selepas berjaya turun berat…
Selepas seharian bekerja, lauk yang tidak terlalu rumit tetapi tetap menyelerakan memang terasa lebih bermakna.…
Kalau selalu beli lobak merah tetapi jarang memasak, jangan biarkan sayur ini tersimpan begitu sahaja…
Nasi goreng paling sedap bagi lelaki ini bukanlah yang dibeli di restoran, tetapi nasi goreng…
Kalau sedang mencari resepi puding buah viral yang mudah dibuat dan nampak cantik atas meja…
Kalau sedang cari resepi kepak ayam yang mudah dan tidak perlukan banyak bahan, boleh cuba…