Cucur udang, cucur ikan bilis mahupun cucur jagung merupakan antara resipi cucur yang sering menjadi pilihan ramai untuk sajian minum petang. Rupanya ada banyak lagi jenis cucur yang boleh dicuba, salah satunya adalah cucur kentang.
Resipi perkongsian oleh Nana Sabrina Sarsan ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam pasti dapat memikat hati. Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.
Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam
RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang potong dadu tak perlu rebus
- Ikan bilis (resepi asal guna ikan bilis tapi saya tukar dengan isi ikan tenggiri dipotong dadu)
- Kacang panjang hiris (tak letak pun boleh)
- Daun sup hiris
- Daun bawang hiris
- Lobak hiris memanjang (tak letak pun boleh)
- Cili merah hiris (saya tak letak)
- 1 biji bawang holland atau bawang merah potong dadu
- Bahan perasa
- 1/2 gelas air sejuk peti ais
- 4 sudu makan tepung beras
- 3 sudu makan tepung gandum
Cara-cara:
1. Campur semua bahan-bahan dan pastikan tekstur sama macam dalam gambar.
2. Resipi ini tak banyak guna air dan tepung, tepung cukup setakat menyaluti kentang saja.
3. Kemudian, boleh goreng sehingga warna keperangan coklat.
4. Sedap dicicah dengan sos cili, selamat mencuba.
Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Resipi Cucur Udang Mudah, Rupanya Ini Rahsia Supaya Cucur ‘Berongga’