resepi cucur jawa

Sesiapa yang pernah makan Cucur Jawa pasti tahu tentang betapa lembut dan sedapnya kuih ini. Sebenarnya, ada resepi Cucur Jawa yang mudah untuk anda buat sendiri di rumah

Cucur Jawa atau dikenali juga sebagai kuih penyaram merupakan kuih tradisional yang tak pernah lapuk dek zaman dan sampai sekarang ia masih banyak terjual di gerai tepi jalan.

Resepi Cucur Jawa sebenarnya amat ringkas dan orang kata, buat kuih ini perlukan kesabaran yang tinggi serta perlu latih banyak kali sehingga mahir.

Dengan mengikut resepi Cucur Jawa yang dikongsikan oleh Haliza Hamdan di Facebook, anda akan dapat tahu tentang tips menggoreng kuih ini juga. Jom kita cuba!

Baca juga: Cucur Kembung Manis, Tak Nak Pakai Gula Boleh Ganti Bahan ‘Ini’ Di Rumah

RESEPI CUCUR JAWA

resepi cucur jawa

Bahan-bahan:

  • 3 gelas tepung gandum
  • 1½ gelas tepung beras (saya guna Erawan cap 3 gajah)
  • ½ gelas gula pasir
  • 1 gelas gula apong
  • 2 gelas air suam
  • 1 sudu makan tepung pulut (tambahan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan semua tepung yang diperlukan.

2. Dengan menggunakan bekas lain, satukan gula pasir, gula apong dan air suam kemudian larutkan.

3. Selepas itu, masukkan air ke dalam bekas tepung dan gaul sebati dengan menggunakan whisk (pemukul) atau blender (pengisar).

4. Kemudian, tapiskan adunan dan perap semalaman pada suhu bilik.

5. Selepas selesai perap semalaman, boleh mula menggoreng dalam minyak yang panas sehingga masak, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

resepi cucur jawa

Ini antara tips menggoreng yang anda boleh gunakan:

  • Lebih baik pakai kuali biasa yang bersaiz kecil.
  • Guna minyak yang cukup untuk menggoreng sebiji kuih dalam sekali goreng saja.
  • Pastikan api sentiasa kecil semasa menggoreng.
  • Adunan yang tak habis digoreng, boleh simpan dalam peti ais terlebih dahulu. Jika nak goreng, kena keluarkan dalam masa setengah hingga satu jam sebelum digoreng.

Sekiranya anda menggunakan resepi Cucur Jawa ini di rumah, nescaya keluarga anda akan makan kuih yang begitu sedap sampai habis.

Selamat mencuba!

Sumber: Haliza Hamdan

Baca juga: Cucur Telur Rangup Di Luar, Inti Sedap Sangat Sampai Makan Tak Berhenti!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN