resepi cucur badak

Terasa nak mencuba resepi cucur badak untuk hidangan petang nanti. Boleh buat banyak dan bekukan. Bila terasa nak makan, tinggal goreng sahaja.

Bak kata orang, buat sekali dan makan boleh berkali-kali. Bila nak goreng, terus boleh ambil sahaja di dalam peti sejuk. Mudah dan pantas!

Anda boleh cuba resipi cucur badak ini seperti yang dikongsikan oleh Cik Puan Jalilah JJ Homemade menerusi laman sosial Facebook beliau.

Baca lagi: Resipi Kuih Lopes Gula Melaka, Ikut Cara Ini Sedap Sampai Pengsan!

RESEPI CUCUR BADAK

Bahan-Bahan:

Doh:

  • 1 kg keledek (dikukus)
  • 250 g tepung gandum
  • 50-60 g butter atau majerin (mengikut kelembutan doh)
  • Sedikit garam halus

Inti Kelapa Pedas:

  • 2 biji kelapa parut putih
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2-3 batang serai
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Segenggam udang kering
  • 15 ekor udang segar (digoreng sebentar dan ditumbuk)
  • 15 tangkai cili kering (dibersihkan biji)

Cara-Cara Membuat:

1. Kukus keledek hingga empuk, kemudian lenyek halus bersama garam semasa masih panas.

2. Biarkan sejuk sebelum dicampurkan dengan tepung gandum dan butter. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut.

4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

5. Masukkan air asam jawa, garam, gula, dan perasa. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan kelapa parut.

6. Masak hingga inti sedikit kering.

7. Timbang doh sebanyak 30 atau 40 gram setiap satu, letakkan inti kelapa di tengah, dan bentuk menjadi bulat atau kemas.

8. Jika doh melekat, sapukan sedikit minyak masak pada tangan.

9. Untuk stok frozen, goreng cucur badak separuh masak dengan api sederhana.

resepi cucur badak

10. Sejukkan di atas tuala dapur sebelum dipacking dan difrozenkan.

Sumber: Jalilah JJ Homemade

Baca lagi: Resepi Durian Mille Crepe Terlebih Lapis, Rasa Lembut Berkrim Di Mulut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN