resepi crab stick

Mari kita cuba resepi crab stick celup tepung yang rangup ini! Ia lebih sedap apabila dicicah dengan sos cili dan dinikmati bersama secawan kopi ‘o’.

Mungkin ada yang risau crab stick ini akan ‘meletup’ semasa digoreng, tetapi sebenarnya terdapat tips untuk mengelakkannya.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Roha Adrinna di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Goreng Budak Sekolah, Rangup Dan Tak Serap Minyak!

RESEPI CRAB STICK CELUP TEPUNG

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara membuat:

  1. Satukan tepung gandum, tepung goreng ayam dan telur.
  2. Letakkan air sedikit demi sedikit supaya bancuhan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  3. Ketepikan seketika bancuhan tepung.
  4. Sambil itu boleh panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
  5. Potong crab stick mengikut saiz yang disukai. Toskan terlebih dahulu supaya tidak meletup semasa digoreng.
  6. Celup potongan crab stick ke dalam bancuhan tepung.
  7. Apabila minyak sudah panas, kecilkan api dan goreng crab stick sehingga garing dan keperangan.
  8. Angkat dan toskan minyak.
  9. Sedia dinikmati bersama sos cili. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN