Categories: Resipi

Bakers Ini Kongsi Resipi Congo Bar Hasil Jualannya, Kek Yang Paling Laris!

Seorang pengguna Facebook berkongsi satu resipi pencuci mulut yang dijualnya, iaitu resepi congo bar. Menurutnya, resipi yang dikongsi bersama ini supaya kita boleh menikmati bersama keluarga dan menjana pendapatan sampingan sekiranya ada yang ingin mencuba.

Menurut empunya resipi juga, congo bar ini antara produk ‘best seller’ yang yang dijualnya. Bagi penggemar coklat, ia memang sedap, terutama sekali apabila baru keluar dari oven. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resipinya!

Baca juga: Brownies Kedut Gerenti Jadi, Ada 5 Bahan Ni Dah Boleh Buat!

RESEPI CONGO BAR

Bahan-bahan:

  • 150g mentega
  • 250g gula perang
  • 3 biji telur (Gred A)
  • 3 sudu teh esen vanila
  • 500g coklat coin (Beryl’s)
  • 315g tepung gandum
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • Coklat chip (Hershey’s/Callebaut) atau coklat coin untuk hiasan

Cara-cara:

1. Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk. Pilihan mentega bergantung kepada bajet anda. Saya gunakan Anchor atau Butter Creme. SCS juga sedap tetapi kosnya lebih tinggi.

2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, serbuk penaik, dan coklat coin. Kacau sehingga tiada coklat coin yang masih hitam. Jika ingin lebih coklat, boleh tambah coklat lain seperti Hershey’s atau Callebaut.

Nota: Terlalu banyak coklat akan membuatkan tekstur Congo Bars lembap.

3. Sediakan telur dan esen vanila. Saya menggunakan esen vanila khas yang membuatkan aroma dan rasa Congo Bars lebih sedap. Anda boleh membelinya di kedai yang menjual barangan kek, harga sekitar RM70/kg.

4. Kacau mentega dan gula perang sehingga sebati. Anda boleh menggunakan kelajuan tinggi atau rendah.

5. Masukkan telur satu persatu. Kacau setiap kali selepas menambah telur sehingga semuanya habis dan sebati.

6. Tuangkan adunan mentega ke dalam bekas tepung yang dicampur coklat tadi dan kacau hingga sebati. Gunakan glove, spatula, atau senduk untuk meratakan adunan.

7. Letakkan parchment paper ke atas loyang berukuran 12 inci. Jika malas, boleh gunakan cooking spray atau sapu mentega atas parchment paper tadi.

8. Klip parchment paper supaya tidak bergerak. Lebihan paper memudahkan anda mengeluarkan Congo Bars dari loyang.

9. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Jika kering, boleh renjis sedikit air.

10. Taburkan coklat coin di atas adunan. Saya gunakan dark chocolate Beryl’s, tetapi jika pelanggan ingin manis, saya gunakan milk chocolate coin.

11. Tambah choc chip untuk rasa mewah, gunakan jenama Hershey’s atau Callebaut. Jenama biasa pun ok tetapi tidak begitu melting.

12 Bakar pada suhu 165°C – 170°C selama 23-25 minit, bergantung kepada oven anda.

Nota: Oven tidak perlu menggunakan kipas dan api atas bawah.

13. Setelah siap dibakar, gunakan pemotong ketika masih panas untuk memotong Congo Bars. Ini akan menghasilkan kesan melting yang menarik.

14. Masukkan dalam kotak kek. Congo Bars boleh tahan 3-4 hari. Untuk menikmati, panaskan dalam microwave sebentar sahaja supaya tidak berubah rasa.

Kredit resipi dan gambar: Shinnaz Eat Dessert First

Baca juga: Matcha Brownies Ikut Resipi TikTok, Peminat Green Tea Mesti Suka!

Wan N

Recent Posts

Resipi Masak Lemak Ketam Belimbing Buluh, Sekali Hirup Kuah Terus Terbayang Kampung

Resipi masak lemak ketam belimbing buluh memang menjadi lauk pembuka selera, terutamanya kepada peminat hidangan…

2 hours ago

Resipi Mihun Goreng Kicap Pedas ‘Kick’, Cantik Berkilat Warnanya & Buat Selera Terus Naik

Kalau dah selalu buat bihun goreng merah, sekali-sekala boleh cuba pula bihun goreng kicap yang…

2 hours ago

Resepi Kek Marble Lembut & Gebu, Bila Potong Coraknya Cantik Sangat!

Kalau anda sedang mencari resepi kek marble lembut yang gebu dan mudah dibuat, resipi perkongsian…

3 hours ago

Kuih Dadar Gulung Lembut & Cantik, Rupanya Ini Petua Mudah Buat Kulit Tak Berkedut

Kuih dadar gulung memang antara kuih tradisional yang ramai suka, terutama apabila kulitnya lembut, nipis…

3 hours ago

Cara Buat Cekodok Ikan Bilis, Campur Sayur Lagi Sedap Sampai Tak Sedar Dah Habis!

Cara buat cekodok ikan bilis ini menghasilkan kudapan yang rangup di luar dengan isi yang…

4 hours ago

Resipi Sambal Burger Malaysia Yang Melimpah-Limpah, Tengok Pun Dah Buat Terliur!

Kalau suka burger Malaysia yang sambalnya melimpah, pekat dan pedas manis, resipi sambal burger Malaysia…

16 hours ago