Categories: Resipi

Resipi Coleslaw Mudah, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Supaya Lagi ‘Creamy’ & Lazat!

Coleslaw adalah hidangan yang sering kita lihat di restoran, terutama dalam menu masakan barat. Namun, sukar untuk mendapatkan coleslaw yang betul-betul sedap. Jadi, apa kata cuba sendiri resepi coleslaw di rumah.

Rupanya ada satu rahsia untuk menjadikan coleslaw lebih sedap, iaitu dengan menambah susu. Dengan sedikit susu pekat dan susu cair, rasa coleslaw jadi lebih creamy dan lazat. Jom cuba!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati

RESEPI COLESLAW

Bahan-bahan:

  • ½ biji kobis
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji bawang merah besar
  • 5 sudu cuka
  • 3 sudu gula
  • Garam (secubit)
  • 4 atau 5 sudu mayonis
  • 2 sudu susu pekat
  • 3 sudu susu cair

Cara-cara membuat:

  1. Hiris nipis kobis, potong lobak merah secara julienne dan potong bawang merah besar menjadi dadu kecil.
  2. Campurkan semua bahan, cuci dan tos. Keringkan sekejap.
  3. Campurkan 5 sudu cuka dan 3 sudu gula, kemudian kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jika tidak suka masam, boleh kurangkan sedikit cuka.
  4. Masukkan kobis yang sudah kering ke dalam mangkuk bersama campuran cuka dan gula, serta sedikit garam (secubit pun cukup).
  5. Kacau semuanya hingga sebati. Simpan dalam peti ais selama setengah jam.
  6. Selepas itu, tos sekali lagi kerana akan ada air yang keluar. Jangan basuh, just tos saja. Ini untuk mengurangkan baki gula dan cuka.
  7. Agak-agak kering, masukkan mayonis (4 atau 5 sudu), 2 sudu susu pekat, dan 3 sudu susu cair. Gaul semua hingga sebati.
  8. Simpan dalam peti ais. Lagi sejuk, lagi sedap!

Nota: Anda perlu mengagak jumlah bahan kerana saiz kobis mungkin berbeza. Resipi ini guna yang saiz sederhana. Selamat mencuba!

Kredit: Noor Faida

Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan

Nasiha

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

15 hours ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

16 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

18 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

18 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

2 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

2 days ago