Sesiapa yang suka buat jeruk di rumah pasti masih tercari-cari resepi Cili Jeruk yang dapat hasil menjadi dan tahan lama.
Cili Jeruk merupakan satu cara untuk menyimpan cili untuk satu jangka masa yang lama tanpa menghilangkan rasa pedas cili.
Ramai yang cuba buat resepi Cili Jeruk sebelum ini tapi tak tahan lama, sampaikan selepas beberapa hari sudah berkulat walaupun telah diletakkan dalam peti sejuk.
Sebenarnya ia berkulat disebabkan cili tak direbus dengan air bercampur cuka terlebih dahulu. Jika begitu, anda boleh cuba resepi Cili Jeruk daripada Kamariah Hashim di Facebook ini.
Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit.
2. Seterusnya, keluarkan dan cuci supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar atau tak kecut.
3. Masukkan secawan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4. Tutup api dapur dan masukkan cili padi. Apabila cili padi sudah bertukar warna atau layu, terus angkat.
5. Masukkan ½ cawan cuka, ½ gula dan ½ sudu kecil garam, kemudian masak sehingga mendidih dan selepas itu boleh biarkan sejuk seketika.
6. Masukkan cili padi ke dalam bekas, kemudian tuangkan air yang bercampur cuka tadi.
7. Simpan dalam peti sejuk semalaman, esoknya sudah boleh digunakan. Siap!
Resepi Cili Jeruk ini akan mendatangkan hasil yang rangup dan anda boleh nikmatinya bersama kue tiau, mee goreng atau laksa sebagai penyedap hidangan.
Kombinasi rasa pedas, masam, masin dan manis pada Cili Jeruk bakal membangkitkan selera sesiapa saja yang mengunyahnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Kamariah Hashim
Baca juga: Resepi Chili Oil Yang Mudah Dibuat, Makan Dengan Apa Pun Sedap!
Penting bagi orang Islam mengetahui apakah nama lain bagi babi agar tidak termakan sesuatu yang…
Makanan seafood antara lauk yang digemari oleh rakyat Malaysia. Malah, ramai yang sering membeli makanan…
Buat mereka yang sering memasak di rumah, pasti telah menjadi rutin untuk beli barang dapur…
Cara goreng ayam rangup ini hanya memerlukan 3 bahan yang mudah didapati. Dengan bahan-bahan ini…
Tiba-tiba anak beritahu ada jamuan di sekolah dan kena bawa makanan di rumah sebagai potluck.…
Teringin nak makan makanan laut seperti di restoran seafood tapi malas pula nak keluar rumah.…