Categories: Resipi

Cara Buat Churros Simple Di Rumah, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti!

Jika teringin makan kudapan manis, rangup di luar tapi lembut di dalam, resepi Churros simple ialah pilihan tepat untuk dicuba. Paling penting, bahan-bahannya cukup mudah.

Churros ialah sejenis pastri panjang yang popular dari Sepanyol. Biasanya, ia digoreng dan dihidang panas dengan gula kastor atau dicelup dalam coklat cair.

Ain Kamis telah kongsikan resepi Churros simple di Facebook yang sangat mudah dibuat tanpa memerlukan bahan-bahan yang begitu rumit. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Churros Yang Lebih Montok, Celup Sos Coklat Memang Layan!

RESEPI CHURROS SIMPLE

Bahan A:

  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • Secubit garam

Bahan B:

Bahan C:

  • 1 biji telur (suhu bilik)
  • Sedikit esen vanilla (½ sudu teh pun cukup)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan air, gula, marjerin atau butter dan garam dalam periuk. Didihkan sambil kacau supaya gula larut sepenuhnya.

2. Tutup api dan masukkan tepung gandum sekaligus. Kacau pantas sampai menjadi doh pekat yang tak melekat di tepi periuk.

3. Kemudian, pindahkan adunan ke dalam mangkuk dan biarkan suam‑suam kuku (lebih kurang 5 minit).

4. Pecahkan telur dan titiskan esen vanilla, kemudian gaul lagi sampai adunan sebati dan licin.

5. Selepas itu, isikan ke dalam piping bag bernozel bintang (jika tiada, gunting bucu plastik saja).

6. Pastikan minyak sudah panas (uji dengan sedikit doh). Paip terus doh ke dalam minyak dan putuskan dengan gunting, kemudian goreng sampai keperangan.

7. Toskan kemudian golek dalam gula kastor bercampur sedikit serbuk kayu manis atau celupkan terus ke dalam coklat cair. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: Ain Kamis

Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

5 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

28 minutes ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

1 hour ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

1 hour ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago