
Jika teringin makan kudapan manis, rangup di luar tapi lembut di dalam, resepi Churros simple ialah pilihan tepat untuk dicuba. Paling penting, bahan-bahannya cukup mudah.
Churros ialah sejenis pastri panjang yang popular dari Sepanyol. Biasanya, ia digoreng dan dihidang panas dengan gula kastor atau dicelup dalam coklat cair.
Ain Kamis telah kongsikan resepi Churros simple di Facebook yang sangat mudah dibuat tanpa memerlukan bahan-bahan yang begitu rumit. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Churros Yang Lebih Montok, Celup Sos Coklat Memang Layan!
RESEPI CHURROS SIMPLE

Bahan A:
Bahan B:
- 1 cawan tepung gandum
Bahan C:
- 1 biji telur (suhu bilik)
- Sedikit esen vanilla (½ sudu teh pun cukup)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan air, gula, marjerin atau butter dan garam dalam periuk. Didihkan sambil kacau supaya gula larut sepenuhnya.
2. Tutup api dan masukkan tepung gandum sekaligus. Kacau pantas sampai menjadi doh pekat yang tak melekat di tepi periuk.
3. Kemudian, pindahkan adunan ke dalam mangkuk dan biarkan suam‑suam kuku (lebih kurang 5 minit).
4. Pecahkan telur dan titiskan esen vanilla, kemudian gaul lagi sampai adunan sebati dan licin.
5. Selepas itu, isikan ke dalam piping bag bernozel bintang (jika tiada, gunting bucu plastik saja).
6. Pastikan minyak sudah panas (uji dengan sedikit doh). Paip terus doh ke dalam minyak dan putuskan dengan gunting, kemudian goreng sampai keperangan.
7. Toskan kemudian golek dalam gula kastor bercampur sedikit serbuk kayu manis atau celupkan terus ke dalam coklat cair. Siap untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
Sumber: Ain Kamis
Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














