Categories: Resipi

Resipi Churros Rangup, Bawa Ke Jamuan Sekolah Pasti Laku Keras & Tak Tinggal Baki!

Jika anda sedang mencari snek yang mudah disediakan tapi sedap, jom belajar buat resepi churros rangup ini. Teksturnya ‘crunchy’ di luar dan lembut di dalam, makan panas-panas cicah sos coklat lagi puas hati.

Kalau buat sendiri di rumah, anda boleh tentukan saiz, panjang dan tahap kemanisan sos ikut cita rasa sendiri. Churros ini juga sesuai jika ingin dibawa ke sebarang majlis atau jamuan, dijamin laku keras dan tak tinggal baki.

Baca juga: Resipi Kuah Karbonara Guna ‘Bahan Bajet’ Untuk Jamuan 20 Orang Makan, Creamy & Confirm Licin!

RESEPI CHURROS RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahan churros:

  • 2 cawan air
  • 3 sudu marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla/creamy vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur

Bahan-bahan sos coklat:

  • 1 tin susu cair (400 ml) atau susu full cream
  • 200 g coklat masakan
  • 15 g tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara-cara buat churros:

  1. Masukkan air, majerin, gula, vanilla ke dalam periuk. Didihkan, kemudian tutup api.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati dan berkilat. Jangan risau kalau ada sedikit ketul kecil.
  3. Biarkan adunan suam. Masukkan telur satu per satu, pukul rata. Jika suka, boleh juga uli menggunakan tangan sehingga adunan lembut dan sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam paiping beg berserta nozzle berbentuk bintang. Paipkan adunan terus ke dalam kuali panas. Panjang churros ikut cita rasa atau boleh potong dengan gunting semasa paiping.
  5. Panaskan minyak sederhana panas. Goreng churros hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.

Cara-cara buat sos coklat:

  1. Masak susu cair dan coklat masakan sehingga larut.
  2. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. Sesuaikan kepekatan ikut cita rasa.

Sumber: Puan Eha

Baca juga: Resipi Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Raya, Semua Yang Makan Pasti Puji Sedap!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago