Categories: Resipi

Resipi Chili Crab Ala Restoran Cina, Lauk Macam T20 Tapi Semua Orang Boleh Buat!

Chili crab adalah hidangan yang boleh didapati di restoran cina dengan harga yang agak mahal. Jika anda peminat ketam dan ingin mencubanya, apa kata masak sendiri di rumah?

Di bawah ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsi resepi chilli crab yang mudah. Kalau masak sendiri lebih puas hati, boleh makan sepuasnya tanpa perlu berbelanja besar. Jom cuba!

Baca juga: Tips Pilih Ketam Berisi & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli!

RESEPI CHILI CRAB ALA RESTORAN CINA

Bahan kisar A:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kisar dan ketepikan.

Bahan kisar B:

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili api merah (boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan)
  • Sedikit belacan

Kisar dan ketepikan.

Bahan-bahan Lain:

  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos makanan laut (seafood sauce)
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk lada sulah secukupnya
  • Sedikit tepung jagung (jika ingin kuah lebih pekat)

Cara Memasak:

  1. Bersihkan ketam dengan berus untuk menghilangkan lumpur. Bilas dengan air perahan lemon bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar A sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar B dan tumis sehingga cili benar-benar masak.
  4. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos makanan laut. Gaul rata.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  6. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  7. Masukkan ketam, tutup kuali dan masak dengan api besar selama 5-7 minit sehingga ketam benar-benar masak.
  8. Pukul telur dalam mangkuk, tuangkan ke dalam kuali dan segera kacau supaya ia sebati dengan kuah.
  9. Jika mahu kuah lebih pekat, bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam masakan. Kacau sehingga kuah pekat.
  10. Angkat dan hidangkan Chili Crab bersama roti mantou atau nasi panas.

Sumber: Fara Amirullah

Baca juga: Cara Masak Ketam Masak Lemak Nenas, Resipi Simple Tapi Sangat Sedap & Terangkat!

Wan N

Recent Posts

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

14 mins ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

1 hour ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

4 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

20 hours ago