Korang yang dah pernah makan 4 Fingers mesti tahu betapa sedapnya ayam goreng diorang sebab sangat rangup dan juicy. Tetapi 4 Fingers ini hanya berada di sesetengah negeri sahaja dan harganya mungkin agak mahal.
Sekiranya di negeri korang masih tiada 4 Fingers tetapi korang teringin sangat nak makan, korang boleh cuba buat sendiri di rumah memang puas makan dan yang penting lebih jimat. Jom cuba resepi ini.
Bahan-bahan ayam
- 1 kg kepak ayam (potong dua)
- Garam
- Lada hitam
- Sos tiram
- Mix herbs
- Tepung jagung
Bahan-bahan sos
- Bawang putih dicincang
- Mentega
- Garam
- 3 sdb madu
- Serbuk cili
- 3 sdb gula perang
CARA PENYEDIAAN
- Perapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram dan mix herbs. Gaulkannya sehingga sebati.
- Celupkan ayam bersama tepung jagung, pastikan ayam disalut penuh bersama tepung jagung.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pasangkan api sederhana sahaja, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
- Selepas selesai goreng ayam separuh masak, gorengkan semula sehingga ia betul-betul garing.
- Untuk memasak sos pula tumis bawang putih, sos tiram, gula perang dan mentega sehingga naik bau.
- Masukkan madu dan serbuk cili. Gaul sebati ayam bersama sos tadi.
Sumber: Aznida Aziz