chicken stew

Pernah cuba resepi chicken stew? Menu ini memang sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Malah rasanya juga sangat sedap.

Hidangan ini merupakan masakan chinese style yang digemari orang ramai tidak kira budak kecil atau orang dewasa.

Selain dinikmati bersama nasi, ia juga enak dimakan dengan nasi putih atau dicicah dengan roti. Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

RESEPI CHICKEN STEW

chicken stew

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Ayam
  • Sos kicap pekat
  • Sos kicap masin
  • Sos tiram
  • Lobak merah (dipotong)
  • Kentang (dipotong)
  • Kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Lada putih
  • Air tepung jagung
  • Daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi dan kekuningan.
  2. Tambahkan sos kicap pekat, sos kicap masin dan sos tiram. Kacau rata agar ayam disaluti dengan sos tersebut.
  3. Masukkan lobak merah, kentang, kiub ayam dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  4. Tambahkan serbuk lada hitam dan lada putih. Sesuaikan rasa jika perlu.
  5. Larutkan air tepung jagung dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam stew. Kacau rata sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Taburkan daun bawang yang telah dihiris sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Chicken Stew siap untuk dinikmati! Hidangkan bersama nasi panas atau roti

Kredit resipi dan gambar: Fatenayuni via Koleksi Resepi Masakan Ayam

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa, Gerenti Hari-Hari Nak Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN