resepi chicken mango

Ada hari tertentu, kita cuma nak makan sedap tanpa perlu fikir tentang diet. Jika anda penggemar hidangan masam manis pedas, resepi Chicken Mango ini memang wajib cuba.

Ayam goreng rangup yang disaluti sos masam manis pedas, digandingkan pula dengan hirisan mangga segar, menghasilkan kombinasi ringkas tetapi cukup memikat hingga buat ramai jatuh cinta sejak suapan pertama.

Perkongsian resipi Chicken Mango daripada Iza Fariza Mohamed dengan gabungan rasa manis, masam dan pedas yang seimbang, bersama tekstur ayam goreng rangup, sesuai dinikmati bila-bila masa. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api, Tak Perlu Tumis Tapi Kuah Pekat & Wangi!

RESEPI CHICKEN MANGO HOMEMADE MASAM MANIS PEDAS

resepi chicken mango

Bahan-bahan:

  • Dada ayam (dipotong nipis)
  • Tepung serbaguna perisa asli
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 3 sudu besar sos cili Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air
  • Jus dari 3 biji limau nipis besar
  • 7 titik kicap manis (untuk warna sos yang cantik)
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api

Bahan-bahan hiasan:

  • Daun ketumbar
  • Cili api hiris
  • Bawang merah hiris
  • Mangga masak ranum

resepi chicken mango

Cara-cara memasak:

1. Gaulkan ayam yang dipotong nipis bersama tepung.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan dan rangup.

3. Angkat dan toskan minyak.

4. Kisar bawang putih dan cili api hingga halus.

5. Masukkan semua bahan sos ke dalam kuali.

6. Masak dengan api sederhana hingga gula larut sepenuhnya dan sos sedikit pekat.

7. Tutup api dan ketepikan.

Cara-cara menghidang:

1. Susun ayam goreng di atas pinggan.

2. Curahkan sos panas-panas.

3. Taburkan daun ketumbar, cili api dan bawang merah.

4. Hidangkan bersama hirisan mangga segar.

Jika anda sedang mencari resepi Chicken Mango yang mudah dan sedap, hidangan ini memang berbaloi untuk dicuba. Sesuai untuk makan sendiri, kongsi dengan keluarga atau mulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Iza Fariza Mohamed

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Ayam Goreng Bawang Khairul Aming, Rangup Dan Juicy!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN