cara masak lemak ayam

Kalau anda sedang mencari cara masak lemak ayam cili api yang betul-betul mudah, cepat dan pasti menjadi, resipi tradisi Negeri Sembilan ini memang wajib cuba.

Cara masak lemak ayam cili api ini dikongsikan oleh KakLong Fy di Facebook, walaupun dimasak di Jeddah dengan bahan terhad, hasilnya tetap nampak padu. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ketam Masak Lemak Creamy Tak Pedas, Sesuai Untuk Anak-Anak

CARA MASAK LEMAK AYAM CILI API

cara masak lemak ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (lebih kurang 1 kg, basuh bersih)
  • Santan (santan segar, santan kotak atau santan serbuk)
  • Kunyit hidup
  • Cili api merah
  • Kentang (potong dadu)
  • Tomato (belah 3 atau 4)
  • Daun limau purut
  • Asam keping, air perahan lemon atau limau
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit (pilihan)
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara-cara memasak:

1. Kisar cili api merah bersama kunyit hidup hingga hancur. Kalau rajin, boleh tumbuk untuk rasa lebih asli.

2. Gaulkan ayam dengan bahan kisar tadi hingga sebati.

3. Masak ayam atas dapur tanpa minyak, guna api perlahan. Tujuannya untuk keringkan air ayam supaya isi tak hancur.

4. Bila air ayam keluar dan isi ayam separuh masak (darah dekat tulang mula keluar), barulah masukkan santan.

5. Jika guna santan serbuk, bancuh dahulu dengan air panas sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

cara masak lemak ayam

6. Masukkan kentang dan biarkan masak dengan api kecil sehingga empuk. Masakan lemak memang perlu sabar supaya kuah tak pecah.

7. Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping atau air lemon (pemberi resipi lebih suka lemon sebab bau gulai jadi lebih wangi).

8. Masukkan daun limau purut, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

9. Masukkan tomato dan kacau perlahan. Biarkan mendidih seketika.

10. Rasa dan sesuaikan tahap masin, lemak, pedas dan masam ikut selera.

Tips tambahan:

  • Gunakan santan segar untuk memberi rasa lebih lemak dan aroma wangi.
  • Masukkan daun kunyit atau daun limau purut untuk menambah aroma segar dan rasa unik pada masakan.
  • Masak dengan api perlahan supaya santan tidak pecah dan ayam masak sekata.

Kuahnya pekat berlemak, pedas cili api menyengat dan cukup wangi sampai boleh buat orang menjilat jari. Tengah makan, memang boleh tak perasan orang lalu belakang.

Selamat mencuba!

Sumber: KakLong Fy

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN