Rupanya ada rahsia resepi cendol yang betul-betul sedap, teksturnya yang lebih kenyal dan tidak mudah hancur.
Cendol juga ada pelbagai resepi yang kita boleh cuba. Pilihan resipi tersebut bergantung pada citarasa masing-masing.
Tetapi kebanyakan orang biasanya menggunakan tepung beras sebagai bahan utama. Namun begitu, ada juga yang menggunakan tepung jagung.
Sama seperti Iskandar Muadz, dia menggunakan tepung kerana menurutnya lebih sedap. Difahamkan juga, cara tersebut merupakan resipi turun temurun yang diperolehi dari arwah ibunya.
Berikut merupakan perkongsian oleh Iskandar Muadz sebagai rujukan:
“Ramai orang selalu buat cendol bahan utamanya tepung beras kan. Kalau resepi saya, tepung jagung bahan utamanya. Ada beza dari segi rasa. Tepung jagung teksturnya lagi kenyal dan tak mudah hancur.
Siapa yang dah berjaya buat, boleh jual isi cendol dahulu. Dulu saya jual 1kg isi cendol, RM6. Boleh jadi supplier cendol untuk peniaga.“
1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak atas api besar. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berbintil.
2. Apabila adunan mula memekat, boleh kecilkan api. Teruskan kacau sehingga adunan meletup-letup dan berkilat.
3. Jika sudah kelihatan berkilat, sambung kacau lagi selama 15 minit hingga 20 minit menggunakan api kecil. Waktu ini, boleh nampak adunan jadi berkilat-kilat. Jangan tutup api terlalu cepat kerana cendol akan cair semasa ditekan nanti. Biarkan sehingga betul-betul masak.
4. Sediakan bekas yang berisi ais, tekan cendol. Boleh guna apa-apa yang berlubang. Siap!
5. Semasa tekan cendol, jangan padamkan api. Nanti cendol berketul. Bila dah siap baru tutup api.
1. Tuangkan santan dalam periuk. Tambahkan air masak, kacau-kacau. Letakkan garam untuk naikkan rasa lemak.
1. Masukkan gula pasir, gula merah dan air. Kemudian masukkan daun pandan dan masak atas api sehingga gula cair.
Kredit: Iskandar Muadz
Baca juga: Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…