Categories: Resipi

Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

Siapa saja yang tak suka cekodok pisang? Nak tahu rahsia untuk hasilkan cekodok pisang yang gebu dan rangup macam ini? Jom cuba resepi cekodok pisang rangup yang akan dikongsikan ini!

Kudapan yang rangup di luar, lembut di dalam ini memang kegemaran ramai. Dari budak-budak sampai orang dewasa. Kalau minum petang dengan teh tarik atau kopi ‘O’ panas, fuh memang layan!

Tapi, nak buat cekodok pisang yang betul-betul sedap, gebu dan rangup itu ada rahsianya. Kadang-kadang bila kita cuba buat sendiri, hasilnya tak menjadi macam yang diharap. Ada yang jadi keras, ada yang lembik dan ada yang tak masak sekata.

Jangan risau! Kali ini, kami akan kongsikan resepi cekodok pisang yang mudah dan dijamin menjadi. Resepi ini lengkap dengan tips-tips penting supaya cekodok pisang anda gebu, lembut di dalam dan rangup di luar. Jom kita cuba!

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Rangup, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

RESEPI CEKODOK PISANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 2 ikat pisang emas (lenyekkan)
  • Tepung gandum (secukupnya sehingga adunan cantik elok seperti dalam gambar)
  • 2 sudu kecil butter
  • 1 sudu kecil garam
  • 5-6 sudu makan gula (boleh dikurangkan jika mahu kurang manis)
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang emas sehingga hancur.

2. Masukkan butter, garam, gula dan baking powder ke dalam pisang lenyek. Gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan pisang. Gaul sehingga adunan menjadi sebati dan tidak terlalu lembik atau terlalu keras.

4. Panaskan minyak masak dalam kuali.

5. Gunakan sudu untuk mengambil adunan dan masukkan ke dalam minyak panas.

6. Goreng cekodok sehingga berwarna kuning keemasan.

7. Angkat dan toskan minyak.

8. Sedia untuk dihidang!

Tips:

  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng cekodok supaya ia tidak menyerap terlalu banyak minyak.
  • Jangan terlalu banyak memasukkan cekodok dalam kuali sekali gus kerana ia boleh menurunkan suhu minyak dan menyebabkan cekodok menjadi lembik.
  • Boleh dihidang bersama teh atau kopi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Suraya Jainul

Baca juga: Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak

Wan N

Recent Posts

Satu Adunan Boleh Buat 5 Jenis Kuih, Resepi Doh Mudah Serbaguna Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Tak perlu uli doh berbeza untuk setiap jenis kuih! Dengan resepi doh mudah serbaguna yang…

6 mins ago

Rahsia Kuetiau Goreng Ala Kopitiam, Rupanya Cili Kisar Kena Tumis Sampai Garing Dulu!

Resipi kuetiau goreng ini sesuai dicuba bagi sesiapa yang menggemari hidangan ala kopitiam. Rasanya yang…

30 mins ago

Resipi Puding Strawberi Coklat, Ada Dua ‘Filling’ Dalam Satu Puding Yang Buat Ramai Tertarik!

Puding strawberi coklat antara pilihan pencuci mulut yang boleh dicuba jika ingin menyediakan sesuatu yang…

17 hours ago

Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!

Sayur goreng campur boleh dijadikan pilihan untuk melengkapkan hidangan harian, terutama apabila terdapat lebihan sayur…

18 hours ago

Tips Simpan Santan Segar, Rupanya Boleh Tahan 2 Hingga 3 Hari Tanpa Beku!

Sebenarnya, ada beberapa tips simpan santan segar yang boleh dicuba supaya bahan ini tidak cepat…

19 hours ago

Resipi Sayur Tauge Kicap Cair 5 Bahan, Tips Kena Tumis Sekejap Saja Supaya Kekal Rangup!

Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan…

20 hours ago