cantonese kuey teow

Pernah makan Cantonese Kuey Teow? Atau mungkin lebih biasa dengar orang panggil Cantonese Ying Yong. Hidangan ini memang antara menu terkenal dalam masakan Kantonis.

Menariknya, resipi ini menggabungkan dua jenis mi iaitu mihun yang digoreng rangup dan kuetiau yang digaul kicap dan digoreng atas api besar.

Resipi ini tak susah langsung. Sesuai untuk makan tengah hari atau malam, terutama bila tekak nak sesuatu yang panas-panas dan berkuah. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat di bawah!

Baca juga: Cara Buat Mini Apam Pisang Kukus, Secukup Manis & Terasa Lembut Bila Gigit

RESEPI CANTONESE KUEY TEOW

cantonese kuey teow

Bahan untuk mi:

  • Mihun – digoreng dalam minyak panas hingga garing
  • Kuetiau – digaul sedikit kicap, digoreng atas api kuat hingga sedikit garing dan ‘jernih’

Bahan untuk kuah:

  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Udang (dibuang kulit dan bersih)
  • Fishcake (dihiris)
  • Hati ayam (dihiris – jika suka)
  • Sawi (dipotong)
  • 1 kiub pati ayam
  • Serbuk lada sulah secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji telur – dipukul ringan
  • Air atau stok ayam secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng mihun hingga garing, angkat dan toskan.
    Gaul kuetiau dengan sedikit kicap, kemudian goreng atas api besar sehingga sedikit hangus di bahagian tepi. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam, hati ayam (jika guna) dan udang. Kacau hingga separuh masak.
  4. Masukkan kiub ayam, garam dan serbuk lada sulah.
  5. Masukkan sawi dan fishcake, biar sayur layu sedikit.
  6. Tuangkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Akhir sekali, tuang telur yang telah dipukul. Kacau perlahan supaya telur membentuk ‘ribbons’ dan kuah tidak terlalu keruh.
  8. Letakkan mihun dan kuetiau goreng dalam pinggan.
  9. Siram dengan kuah panas-panas di atasnya. Siap untuk dinikmati!

Sumber: Joanna Johan

Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN