resepi cakoi

Teringin nak makan cakoi tapi malas keluar beli? Haa, apa kata jom kita cuba buat sendiri menggunakan resepi cakoi yang dikongsikan oleh Nur Nabilah Jailani di bawah.

Resipi yang dikongsi ini cukup mudah kerana tidak menggunakan yis, tetapi hasilnya tetap lembut dan berongga seperti kita selalu beli di gerai. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Yis, Hasilnya Tetap Kembung & Berongga!

RESEPI CAKOI BERONGGA & BERSARANG

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • ½ cawan air

Cara-cara:

1. Campur semua bahan di atas dan uli selama 3 hingga 4 minit.

2. Simpan doh di dalam bekas dan rehatkan selama 1 jam.

3. Selepas itu, sambung uli adunan doh selama 9-10 minit (guna tangan).

4. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9 jam) untuk dapatkan hasil yang berongga dan bersarang yang cantik.

5. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan pada suhu bilik selama 2 jam. Kemudian, baru boleh dibentuk dan goreng seperti biasa.

6. Tips semasa menggoreng, kena selalu pusing-pusingkan baru cakoi mengembang dengan jayanya.

resepi cakoi

RESEPI SRIKAYA PANDAN ALA BOAT NOODLE

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan susu cair
  • Pes @ esen pandan sedikit
  • Garam secubit
  • 1 ½ sudu makan tepung kastard
  • 3-4 sudu makan susu pekat
  • Pewarna hijau sedikit

Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga menjadi pekat dan ada letupan-letupan besar. Pastikan sentiasa kacau. Selamat mencuba!

resepi cakoi

Kredit resipi dan gambar: Nur Nabilah Jailani

Baca juga: Donat Ball Comel Hanya Menggunakan 2 bahan Dan Tanpa Menggunakan Yis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN