buko pandan

Resepi buko pandan ini memang wajib dicuba sekali seumur hidup. Teksturnya yang berkrim dan lemak manis pasti akan memikat hati anda semua.

Pencuci mulut ini berasal dari Filipina. ‘Buko’ bermaksud kelapa, jadi jika anda perasan, buko pandan ini wajib mengandungi kelapa di dalamnya.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh rujuk resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Qaseh Iman di bawah.

Baca juga: Resipi Kanom Piak Poon, Puding Pandan Yang Lemak Manis & Cair Dalam Mulut!

RESEPI BUKO PANDAN

buko pandan

Bahan-bahan A:

  • Agar-agar (agar-agar yang direbus dengan daun pandan)
  • Sagu hijau
  • Isi kelapa
  • Nata de coco
  • Selasih

Bahan-bahan B:

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan memukul whip cream sehingga teksturnya pekat. Penting untuk tidak memukulnya hingga kembang, kerana kita mahu kekal dengan konsistensi yang lembut dan berkrim.
  2. Setelah whip cream pekat, masukkan 1 cawan susu pekat dan 1 tin susu cair. Kacau campuran ini sehingga semua bahan tercampur sebati.
  3.  Seterusnya, masukkan semua bahan A seperti agar-agar, sagu hijau, isi kelapa, nata de coco, dan selasih ke dalam campuran. Ini akan memberikan tekstur dan rasa yang kaya pada buko pandan.
  4. Akhir sekali, tambahkan 1.5 liter air kelapa. Kacau campuran dengan perlahan hingga semua bahan sebati. Air kelapa akan memberikan rasa yang segar dan meningkatkan aroma keseluruhan hidangan.
  5. Setelah semua bahan dicampur rata, buko pandan anda sudah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Qaseh Iman’s

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan ‘Fluffy’, Bila Makan Terasa Seperti Di Awang-Awangan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN