resepi bubur nasi

Resepi bubur nasi cendawan shitake ini menggunakan cendawan shitake, lobak merah, bawang besar, dan halia sebagai bahan utama.

Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang menggemari bubur dan juga mereka yang vegan. Selain itu, ia juga menu diet yang sedap dan sihat.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh rujuk resipi penuh di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna Facebook.

Baca juga: Resipi Bubur Ayam Chinese Style, ‘Comfort Food’ Untuk Legakan Demam

RESEPI BUBUR NASI CENDAWAN SHITAKE

resepi bubur nasi

Bahan-bahan (untuk 5 orang):

  • 1 pot beras
  • Cendawan shitake (segar bukan kering)
  • Lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk sup
  • Mixed herbs
  • Serbuk lada hitam (opsional)
  • 2 sudu besar minyak masak/zaitun
  • Garam & perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Daun sup
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Rendam beras dalam air untuk memastikan beras empuk dan lebih mudah dimasak.
  2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar, dan halia.
  3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya, dan masak atas api. Apabila nasi hampir masak, tambahkan bahan-bahan yang telah dipersiapkan. Gaulkan semua bahan, tambahkan air jika terlalu pekat, dan tunggu sehingga masak sepenuhnya.
  4. Dah siap, boleh hidang dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.

Kredit resipi dan gambar: Shaa Zainol

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN