Categories: Resipi

Rahsia Buat Bubur Kacang Hijau Yang Wangi & Sedap, Kena ‘Sangai’ Sebelum Rebus

Bila cuaca sejuk dan hujan tak henti, memang inilah masanya perut mula ‘minta diisi’ dan mulut pula terasa nak mengunyah saja. Apa kata jom cuba resepi bubur kacang hijau yang wangi dan lemak manis ini.

Istimewanya resipi ini, kacang hijau disangai terlebih dahulu sehingga wangi sebelum direbus. Cara ini menjadikan bubur lebih harum dan rasanya lebih ‘naik’. Makan dengan roti atau biskut memang sedap!

Baca juga: Resipi Bubur Nangka Yang Lemak Manis Ini Sedap Sampai Berebut, Confirm Licin Satu Periuk!

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU YANG WANGI DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang hijau
  • 1 ketul gula melaka / gula kabung
  • 1 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar gula putih
  • 3 sudu besar sagu (jika suka) – basuh dan rendam terlebih dahulu
  • 200 ml santan kotak + 1 cawan air
  • 1–2 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Pilih kacang hijau dan asingkan yang rosak atau hitam (kadang-kadang ada batu kecil).
  2. Basuh hingga bersih dan toskan.
  3. Sangai kacang hijau tanpa minyak sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan 2–3 cawan air ke dalam periuk, kemudian masukkan kacang yang telah disangai.
  5. Tambahkan daun pandan dan rebus sehingga kacang menjadi lembut.
  6. Masukkan gula putih, gula merah dan gula melaka. Kacau sehingga semua gula larut.
  7. Masukkan santan, sagu dan secubit garam.
  8. Masak sehingga bubur mendidih dan sagu masak sepenuhnya. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  9. Bila siap, hidangkan panas atau sejuk mengikut selera.

Sumber: No Or

Baca juga: Resipi Bubur Puteri Mandi Labu, Lemak Manis & Wangi Buah Segar Buat Tak Cukup Semangkuk!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

17 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

19 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

19 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

20 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

23 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

23 hours ago