bubur nangka

Kalau anda suka pencuci mulut yang lemak manis dan beraroma pandan, resepi bubur nangka ini memang wajib cuba! Kuah santannya yang berkrim, dipadankan dengan potongan nangka ranum dan biji sagu yang kenyal.

Bubur ini bukan saja sedap dimakan panas, tapi bila disejukkan pun tetap padu, ikut cita rasa masing-masing. Rasanya lembut, manis dan ada haruman pandan yang menyegarkan setiap suapan.

Kalau anda tengah cari idea hidangan manis untuk minum petang atau pencuci mulut, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Khalif Khlif di bawah.

Baca juga: Resipi Bubur Puteri Mandi Labu, Lemak Manis & Wangi Buah Segar Buat Tak Cukup Semangkuk!

RESEPI BUBUR NANGKA

bubur nangka

Bahan-bahan:

  • Nangka (pilih yang masak ranum dan manis)
  • Santan
  • Sagu (rendam terlebih dahulu)
  • Gula merah (larutkan dengan sedikit air)
  • Air secukupnya
  • Daun pandan (disimpul)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus sagu hingga jernih dan tidak kelihatan putih di tengah. Toskan, kemudian siram dengan air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, tuangkan santan bersama air secukupnya. Masukkan gula merah yang telah dilarutkan, daun pandan dan secubit garam. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Bila kuah santan mula mendidih, masukkan hirisan nangka. Kacau perlahan hingga nangka sedikit lembut dan mengeluarkan aroma manisnya.
  4. Akhir sekali, masukkan sagu yang telah direbus tadi. Gaul rata dan renehkan sekejap supaya semua bahan sebati dan kuah sedikit pekat.
  5. Tutup api dan bubur nangka siap dihidang! Boleh dimakan panas atau disejukkan dalam peti ais untuk rasa lebih menyegarkan.

Bubur nangka ini sedap dimakan begitu saja atau boleh juga disejukkan dalam peti ais kalau nak rasa lebih menyegarkan.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Bubur Pulut Hitam Sedap Warisan Arwah Ayah, Lemak Manis Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN