bubur gunting

Bagi yang tercari-cari resipi yang mudah dan cepat disediakan untuk minum petang, anda boleh cuba resipi bubur gunting perkongsian oleh Mas Ryana ini.

Bubur gunting atau lebih dikenali dengan bubur chacha merupakan salah satu manisan yang digemari ramai. Sesiapa saja dijamin pasti akan menyukainya.

Istimewanya resipi ini, hanya perlu menggunakan tepung gandum untuk membuat adunan tepungnya. Setelah dibancuh dengan air, tepung perlu dicanai seperti lempeng sebelum dipotong kecil.

Baca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Letak Durian Bertambah Sedap!

RESIPI BUBUR GUNTING HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Air
  • Pewarna
  • Santan
  • Gula
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Bancuh tepung gandum dengan air yang berwarna, buat beberapa warna yang anda sukai. Uli sehingga sebati.

bubur gunting

2. Panaskan kuali dan canai seperti masak lempeng di atas kuali atau pan tanpa guna minyak.

bubur gunting

3. Kemudian, potong panjang dan gunting kecil. Ketepikan seketika sementara buat kuahnya pula.

4. Masak santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih.

5. Masukkan lempeng yang sudah digunting tadi. Maska sehingga tepung timbul.

6. Pastikan kuah cair sebab bila sejuk akan jadi pekat.

6. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

bubur gunting

Kredit resipi dan gambar: Mas Ryana

Baca juga: Jangan Pandang Rupa Je, Bubur Asyura Kelantan Ni Sedap Lain Macam Tau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN