Categories: Resipi

Resipi Boko Ubi Kayu, Kuih Lama Yang Masih Dicari!

Entri kali ini kami akan kongsikan satu resepi boko ubi kayu yang terkenal di negeri Kelantan. Bahan utama juadah ini adalah parutan kelapa dan gula merah.

Rasanya sangat lembut, manis dan wangi kerana adanya daun pandan yang akan disimpul. Bila makan, memang ralit tak ingat dunia!

Jom baca resipi boko ubi kayu yang dikongsikan oleh Puan Habsah Ngah yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook.

Baca juga: Apam Gula Hangus Kukus, Ikut Resipi Ini Pasti Dapat Cantik Berongga!

RESEPI BOKO UBI KAYU

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 6 cawan air
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 3 cawan ubi kayu, diparut dan diblend bersama 1 cawan air (toskan airnya, tak perlu tekan)
  • 1 cawan kelapa parut, diblend dengan 1 cawan air
  • Sedikit garam

Lapisan Atas:

  • 2 kotak santan (200ml setiap satu)
  • Tambah air biasa 6 cawan
  • 8 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam (membukit)

Cara Penyediaan:

Penyediaan Lapisan Bawah:

1. Satukan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan dalam periuk.

2. Masak hingga gula larut sepenuhnya.

3. Blend ubi kayu parut bersama 1 cawan air dan toskan airnya.

4. Masukkan ubi kayu yang telah diparut ke dalam air gula tadi.

5. Blend kelapa parut dengan 1 cawan air dan masukkan ke dalam air gula juga.

6. Tambahkan sedikit garam.

7. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga adunan sedikit pekat.

8. Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama kira-kira 15 minit atau sehingga masak (bergantung pada saiz acuan).

Penyediaan Lapisan Atas:

1. Satukan santan, air biasa, tepung beras, dan garam dalam periuk.

2. Kacau rata sebelum membuka api.

3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga berkilat dan pekat.

4. Setelah lapisan bawah masak dan sedikit sejuk, tuangkan adunan lapisan atas ke atasnya.

5. Setelah suam, tutup acuan dan simpan dalam peti sejuk.

6. Hidangkan sejuk-sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Selamat mencuba resipi boko ubi kayu ini.

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Puding Kastard Labu Lembut, Manis Rasanya Memikat Hati Si Dia

Aisha Qistina

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

2 hours ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

3 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

5 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

6 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

23 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

23 hours ago