Categories: Resipi

Resipi Biskut Makmur Sabah, Tekstur Sangat Rangup & Cair Dalam Mulut!

Biskut makmur, siapa tak kenal kuih raya klasik ini kan? Rasanya yang lemak manis, cair di mulut memang buat kita rasa nak makan berbalang-balang! Tapi, pernah tak cuba Biskut Makmur Sabah? Ha, yang ini memang lain macam sikit.

Berbeza dengan resipi biasa yang guna mentega, biskut makmur Sabah ini ada tambahan minyak sapi. Sebab itu biskut lagi wangi, lagi lemak dan rasa pun lebih ‘kaya’. Tekstur biskut pun jadi lebih rapuh dan cair di mulut.

Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas dan mudah dicari. Selepas ini, bolehlah buat sendiri biskut makmur yang sedap macam dekat kedai, malah mungkin lagi sedap!

Baca juga: Resipi Biskut Ala Famous Amos, Ada Bahan Rahsia Untuk Wangikan Biskut!

RESEPI BISKUT MAKMUR SABAH

Bahan-bahan:

  • 500g tepung gandum – sangai
  • 300g marjerin – dicairkan
  • 2 sudu besar minyak sapi – dicairkan
  • 250g kacang tanah – blend separa halus
  • 60g susu tepung
  • 50g gula aising

Cara-cara:

  1. Sangai tepung gandum sampai masak (macam mana nak tahu tepung dah masak? Bila tepung itu dah rasa ringan). Guna api yang kecil dan sentiasa kacau.
    Sejukkan dan ayak tepung.
  2. Cairkan marjerin dan minyak sapi.
  3. Tunggu sehingga sejuk, masukkan tepung gandum, kacang tanah, gula aising dan susu tepung, gaul semua sehingga sebati.
  4. Bulat-bulatkan dan boleh dibakar.
  5. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit, perangkan bahagian bawah.
  6. Apabila biskut dah masak, ketepikan seketika untuk biarkan sejuk.
  7. Jika sudah sejuk, gaul bersama susu tepung dan gula aising.
  8. Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adrianna Arissa

Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

18 minutes ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

19 minutes ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

1 hour ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago