Categories: Resipi

Buat Sendiri Je Biskut Tawar Homemade, Sama Sedap Macam Beli

Jom kita cuba resepi biskut cream cracker atau lebih dikenali dengan nama biskut tawar atau biskut mayat.

Biskut ini sedap dicicah dengan air teh atau kopi, malah ia juga sedap dimakan begitu saja.

Biasanya kita hanya membeli di kedai kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri. Mudah saja caranya.

Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap

RESEPI BISKUT CREAM CRACKER

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar cream cheese / krim keju
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)

Cara-cara:

1. Gaul sebati mentega dan krim keju /cream cheese.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.

3. Kemudian masukkan minyak dan gaul sebati.

4. Akhir sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat di tangan.

5. Terapkan doh guna acuan kesukaan. Empunya resipi potong petak guna pisau sahaja.

6. Seterusnya buat lubang pada biskut menggunakan garpu. Beliau juga terap nama anak di tengah-tengah biskut.

7. Bakar Cream Crackers pada suhu 170°C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.

Info tambahan:

  • Sila gelek adunan biskut nipis-nipis supaya biskutnya tidak keras.
  • Kena pantau biskut masa tengah bakar. Kalau sudah nampak perang, boleh angkat.

Kredit resipi & foto: Wahidah Hasan

Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago