PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-26 05:32:56
Setiap kali kalau lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti ramai yang teringin kan? Aromanya yang wangi, tekstur biskut yang rapuh dan rangup memang membangkitkan selera orang ramai. Jadi daripada kita membazir beli dekat luar, apa kata kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad di kumpulan Resepi Menambat Selera di Facebook.
Kredit: Baizura Muhammad
Bahan-bahan:
Kredit: Baizura Muhammad
Cara-cara:
1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu bersungguh sangat
Tips: Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula, senduk atau sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau perlahan. Bila bahan dah bercampur je terus berhenti. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.
2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecil, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.
Tips: Ingat, kacau perlahan je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti dan buat langkah seterusnya.
3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan chocolate chip.
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau perlahan.
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau nestum ke, tambah je ikut suka. Asingkan sikit untuk letak almond nips, jadi dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga.
6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau dalam fridge. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.
7. Sapu dulang dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam dulang.
Tips: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri.
8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, hidupkan kipas. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit dan siap!
9. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy.
Kredit: Baizura Muhammad
Kredit: Baizura Muhammad
Kredit: Baizura Muhammad
Kredit: Baizura Muhammad
Selamat Mencuba
Kredit: Baizura Muhammad
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…