Categories: Infomasi

Resepi Biskut Choc Chip Homemade Ala-Ala Famous Amos! Rangup & Sangat Menyelerakan

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-26 05:32:56

Setiap kali kalau lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti ramai yang teringin kan? Aromanya yang wangi, tekstur biskut yang rapuh dan rangup memang membangkitkan selera orang ramai. Jadi daripada kita membazir beli dekat luar, apa kata kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad di kumpulan Resepi Menambat Selera di Facebook.

 

Kredit: Baizura Muhammad

 

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan coklat cip
  • Almond nips atau almond flakes

 

Kredit: Baizura Muhammad

 

Cara-cara: 
1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu bersungguh sangat

Tips: Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula, senduk atau sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau perlahan. Bila bahan dah bercampur je terus berhenti. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.

2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecil, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.

Tips: Ingat, kacau perlahan je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti dan buat langkah seterusnya.

3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan chocolate chip.
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau perlahan.
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau nestum ke, tambah je ikut suka. Asingkan sikit untuk letak almond nips, jadi dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga.
6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau dalam fridge. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.
7. Sapu dulang dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam dulang.

Tips: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. 

8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, hidupkan kipas. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit dan siap!
9. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy.

Kredit: Baizura Muhammad

 

Kredit: Baizura Muhammad

 

Kredit: Baizura Muhammad

 

Kredit: Baizura Muhammad

 

Selamat Mencuba

Kredit: Baizura Muhammad

myresipi

Recent Posts

Tip Elak Bergedel Merekah & Hancur Selepas Digoreng, Ada Rahsia Kena Buat!

Resepi bergedil ini cukup mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan sebagai…

12 hours ago

Resipi Ayam Goreng Bawang Putih, Guna Teknik Ini Pasti Lebih ‘Juicy’!

Kami akan kongsikan resipi ayam goreng bawang putih yang menggunakan teknik brine iaitu merendam ayam…

14 hours ago

Beza Kailan Dan Sawi, Ada Petua Untuk Buang Rasa Pahitnya Sebelum Masak

Ketika membeli sayur, pasti pernah lihat sayur kailan yang serupa dengan sawi. Sebenarnya, senang saja…

15 hours ago

Jelly Buah Guna Acuan Lompang, Masa Makan Terasa Manis Buah-Buahan Segar!

Buat penggemar agar-agar, kali ini apa kata jom cuba resepi jelly buah yang mudah, sedap…

16 hours ago

Agar Agar Santan Gula Melaka, Resipi Tanpa Telur Ini Lebih Terasa Nikmatnya!

Cuaca yang panas membuatkan tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Oleh itu, kami nak kongsikan…

16 hours ago

Resipi Bihun Goreng Tomyam Anti Hancur, Sesuai Untuk Jamuan Besar!

Membuat juadah resipi bihun goreng tomyam ini adalah pilihan sempurna untuk majlis besar atau jamuan…

18 hours ago