Categories: Resipi

Bingka Roti Butterscoth, Resipi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang

Selain bingka roti pandan, terdapat banyak lagi resepi bingka yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah bingka roti butterscotch.

 Jika anda inginkan kelainan, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Sunita Sabtu di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan cukup ringkas dan cara membuatnya juga sangat mudah! Selamat mencuba.

Baca juga: Resipi Bingka Susu Yang Mudah & Sedap, Simple Je Caranya!

RESEPI BINGKA ROTI BUTTERSCOTCH

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti putih
  • 2 biji telur
  • 3/4 gelas gula
  • 3 gelas santan/susu segar/susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 gelas tepung
  • Sedikit merjerin
  • Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Potong atau carik-carikkan roti putih. Kemudian rendam roti di dalam 2 gelas santan.
  2. Selepas itu satukan esen vanilla, 1 gelas santan dan juga tepung. Gaul atau kisar semua bahan ini sehingga bercampur rata dan sebati.
  3. Masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam roti yang berendam di dalam santan tadi.
  4. Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian, baru tuangkan adunan ke dalam loyang.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 130°C–150°C sampai kekuningan. Suhu mengikut jenis oven masing-masing.
  6. Apabila sudah siap dibakar dan berwarna kekuningan, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sunita Sabtu

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago