Categories: Resipi

Resipi Bingka Pandan Guna Blender, Satukan Semua Bahan & Terus Boleh Bakar!

Kuih-muih tradisional seperti resepi kuih bingka pandan ini memang ramai peminatnya. Tapi, ramai yang rasa takut nak cuba masak sendiri sebab ingatkan susah.

Tapi jangan risau, resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah ini sangat mudah! Jadi, apa kata cuba? Pasti puas hati dengan hasilnya!

Baca juga: Resipi Kuih Bom Inti Kacang Merah, Dijamin Tak Meletup Bila Goreng!

RESEPI BINGKA PANDAN SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan (kecil)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air pandan
  • 3 biji telur
  • *Sedikit garam
  • *Bijan
  • *Marjerin

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali bahan yang bertanda * (garam, bijan dan marjerin) ke dalam satu bekas besar.
  2. Kisar semua bahan menggunakan blender sehingga adunan menjadi sebati dan tiada ketulan. Pastikan adunan benar-benar halus supaya tekstur bingka menjadi lebih lembut.
  3. Tapis adunan menggunakan penapis halus atau kain kasa untuk menyingkirkan sebarang bahan yang tidak sebati atau berketul. Ini akan menghasilkan tekstur bingka yang lebih licin dan lembut apabila dibakar nanti.
  4. Panaskan oven pada suhu 180°C terlebih dahulu. Sementara itu, sapukan sedikit marjerin pada loyang untuk mengelakkan bingka melekat. Setelah itu, tuangkan adunan yang telah ditapis ke dalam loyang.
  5. Bakar adunan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama lebih kurang 1 jam. Masa membakar boleh berbeza bergantung kepada jenis dan model oven yang digunakan, jadi pastikan untuk memeriksa apabila masa hampir tamat.
  6. Jika ingin bingka lebih berkerak, boleh sesuaikan suhu oven. Contohnya, jika mahu bahagian atas bingka lebih garing, tingkatkan sedikit suhu pada akhir proses pembakaran, tetapi pastikan jangan terlalu tinggi supaya bahagian bawah tidak terbakar.

Kredit resipi dan gambar: Nitaharry

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!

Wan N

Recent Posts

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

1 hour ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

1 hour ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

3 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

3 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

4 hours ago

Apam Kampung Mudah Gebu Dan Lembut, Makan Dengan Kelapa Parut Memang Terangkat!

Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…

5 hours ago