Categories: Infomasi

Resepi Bingka Labu Lembut & Lemak Manis, Hanya Guna Sukatan Cawan

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-17 04:39:03

Kepada peminat kuih Bingka Labu boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim. Resepinya sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang selalunya dah sedia ada di dapur sendiri. Kuih Bingka Labu ini sangat sedap dan wangi dan sesuai untuk hidangan petang dengan teh tanpa gula. Hidangan ini juga sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba!

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan labu yang direbus dan dilenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/3 cawan santan kelapa (sederhana pekat)
  • 3 biji telur
  • 3 sudu marjerin atau butter dicairkan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bijan
  • Sedikit minyak masak

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali bijan.
  2. Masukkan sesudu minyak masak ke dalam acuan dan taburkan bijan, panaskan di dalam oven beberapa minit sehingga agak garing.
  3. Keluarkan acuan dan masukkan terus adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan di bahagian atas.
  4. Letak dulang jaring di bahagian bawah yang hampir dengan palang pembakar ketuhar untuk dapatkan garing sekata dari bawah dan permukaan yang tidak terbakar dan bakar selama 40-60 minit pada suhu 160 -180°c (ikut kepanasan oven masing-masing).
  5. Bingka dah masak jika lidi yang dicucukkan keluar dengan bersih.
  6. Biarkan sejuk 1 atau 2 jam kalau nak tekstur yang cantik kemas untuk dipotong dan dihidang.

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Tempoh masa memasak:

  • Sangat bergantung kepada jenis oven anda. Mungkin sama, lebih lama atau mungkin kurang.
  • Yang penting selalu lihat sama ada adunan sudah cukup mengembang dan masak.

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago