bingka roti bakar

Kalau ada roti yang tak habis dekat rumah, jangan terus buang ya. Boleh tukarkan jadi kuih yang sedap dan mengenyangkan iaitu bingka roti bakar. Resipi Ini memang mudah sangat, bahan pun senang cari. Sesuai dibuat untuk minum petang atau jadi pencuci mulut lepas makan malam.

Bingka roti bakar Ini teksturnya lembut, manis lemak berkrim dan bau wangi semerbak apabila dibakar. Lagi sedap bila ditabur bijan di atasnya, memang bertambah harum dan sedap dimakan panas-panas.

Baca juga: Resepi Bingka Durian Mudah & Ringkas Guna Blender, Satu Rumah Bau Harum!

RESEPI BINGKA ROTI BAKAR

bingka roti bakar

Bahan-bahan:

  • 12 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar planta atau marjerin
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning (pilihan)
  • Secubit garam
  • Bijan untuk hiasan

Cara penyediaan:

  1. Carik-carikkan roti dan rendamkan dalam susu cair.
  2. Bahan lain seperti tepung gandum, gula, santan, telur, planta, esen vanila, pewarna kuning dan garam dikisar atau diblend hingga sebati.
  3. Masukkan roti yang telah direndam ke dalam adunan, kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris. Tabur bijan di atasnya.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C sehingga masak dan bahagian atasnya keperangan.

Siap! Senang sangat kan? Selamat mencuba!

Sumber: Cik Nani

Baca juga: Resipi Bingka Pandan Guna Blender, Satukan Semua Bahan & Terus Boleh Bakar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN