bika ambon

Bika Ambon adalah kuih tradisional yang berasal dari Medan, Indonesia. Kuih ini memang terkenal dengan teksturnya yang lembut, bersarang dan rasa yang manis berlemak. Aromanya yang harum boleh buat sesiapa pun terliur.

Cara penyediaannya juga cukup mudah. Dengan panduan langkah demi langkah yang jelas dan beberapa tips berguna, anda boleh hasilkan Bika Ambon yang cantik bersarang dan sedap seperti yang dijual di kedai.

Tak perlu lagi tunggu pergi ke Medan semata-mata nak nikmati keenakan Bika Ambon. Jom cuba sendiri resipi ini di rumah!

Baca juga: Bingka Ubi Kayu Tanpa Campur Tepung, Rasa Original Macam Orang Dulu-Dulu Buat

RESEPI BIKA AMBON

bika ambon

 

Bahan A:

  • 350 ml santan
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 helai daun pandan

Cara penyediaan bahan A:

  1. Satukan santan, serai, daun limau purut dan daun pandan dalam periuk.
  2. Didihkan, kemudian ketepikan.

Bahan B:

  • 100 ml air panas
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil mauripan (yis segera)

Cara penyediaan bahan B:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.

Bahan C:

  • 8 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 100 gram tepung ubi kayu
  • 50 gram tepung pulut
  • 1 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • 180 gram gula pasir

Cara penyediaan bahan C:

  1. Pukul telur dan gula pasir sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan tepung ubi kayu dan tepung pulut. Kacau rata.
  3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan. Kacau rata.

Cara memasak:

  1. Satukan Bahan C, Bahan A dan Bahan B. Kacau rata.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin dan dialas kertas minyak.
  3. Bakar dengan suhu 130°C api bawah sahaja selama 40 minit (jika oven besar, gunakan suhu 150°C api bawah sahaja).
  4. Kemudian, bakar dengan api atas sahaja selama 15 minit atau sehingga bika ambon masak dan berwarna kuning keemasan.
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Kredit: Maria Ambon

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN