Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan daging, jom cuba resepi beef noodle ini. Menu ini lebih sedap jika guna daging yang segar, barulah rasa lebih lazat dan terangkat!
Resipi perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli ini menggunakan mi lidi sebagai bahan utama. Mi yang sudah direbus dimakan bersama daging cincang dan minyak cili bawang putih.
Jika ada yang mahu mencuba, mari lihat resipi penuh di bawah. Semoga bermanfaat!
Resipi garlic chili oil:
1. Cincang bawang putih. Satukan bawang dengan empingan lada kering, biji bijan, hirisan daun bawang, kicap cair, minyak bijan dan garam/gula.
2. Akhir sekali, tuang minyak masak yang panas. Kacau sebati dan rasa masin manis mengikut cita rasa masing-masing.
Resipi daging perap:
1. Cincang daging menjadi kecil.
2. Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam.
3. Goreng di atas kuali sehingga air daging kering.
Cara hidangan:
1. Letak yang telah direbus ke atas pinggan (boleh juga guna pasta angel hair, nak sedap guna mi lidi yang dijual di pasaran).
2. Letakkan pula daging cincang di atas mi
3. Akhir sekali, tuangkan Garlic Chili Oil ke atas daging.
4. Gaul sekata sebelum dimakan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli
Baca juga: Resipi Mee Celup Ala Thai Tak Cukup Semangkuk, Padu Sampai Berpeluh Dahi!
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…