Setiap masakan menggunakan bawang putih yang memberi rasa enak dalam hidangan. Jadi, pernahkah anda buat resepi Bawang Putih Goreng sebelum ini?
Pengambilan bawang putih dalam pemakanan harian sangat membantu menyumbang kepada keperluan nutrisi badan dalam badan kita setiap hari.
Khasiat yang terkandung dalam bawang putih sangat berguna untuk melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan antibodi.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Petua Elak Bawang Putih Kisar Jadi Hijau & Tahan 3 Bulan
Walaupun bawang putih mengandungi banyak khasiat, namun tak ramai yang memakannya begitu saja.
Sebenarnya ada banyak cara menarik untuk memakan bawang putih dan salah satunya adalah dengan membuat Bawang Putih Goreng yang rangup.
Baru-baru ini, Azita Amir sudi kongsikan resepi Bawang Putih Goreng di Facebook yang menarik perhatian ramai. Setelah mencubanya, pasti anda terkejut nanti.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Rendam bawang putih dalam air biasa dulu lebih kurang satu hingga dua jam supaya mudah untuk kita kupas dan tangan juga tak panas.
2. Setelah siap kupas semua bawang putih, sagat seperti biasa dengan menggunakan penyagat, tapi boleh juga hiris dengan pisau mengikut keselesaan anda.
3. Setelah semua bawang putih siap disagat, rendam pula dalam air garam lebih kurang 15 minit begitu supaya getah pada bawang putih tadi hilang pahitnya.
4. Bilas bawang putih, toskan dan goreng dengan minyak masak seperti biasa, tapi pastikan selalu kacau dan menggunakan api sederhana.
5. Buang getah bawang putih yang keluar di tepi-tepi kuali, kemudian angkat dan toskan. Siap!
Apa yang mengejutkan ramai tentang resepi Bawang Putih Goreng ini, anda akan dapat hasil yang kekal rangup dan tak pahit langsung.
Bawang Putih Goreng yang rangup dan manis semestinya membuatkan anda makan sampai berulang kali. Apatah lagi jika ada ikan bilis, lebih bertambah enaknya.
Selamat mencuba!
Sumber: Azita Amir
Baca juga: Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…