resepi bawang putih goreng

Setiap masakan menggunakan bawang putih yang memberi rasa enak dalam hidangan. Jadi, pernahkah anda buat resepi Bawang Putih Goreng sebelum ini?

Pengambilan bawang putih dalam pemakanan harian sangat membantu menyumbang kepada keperluan nutrisi badan dalam badan kita setiap hari.

Khasiat yang terkandung dalam bawang putih sangat berguna untuk melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan antibodi.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Petua Elak Bawang Putih Kisar Jadi Hijau & Tahan 3 Bulan

Walaupun bawang putih mengandungi banyak khasiat, namun tak ramai yang memakannya begitu saja.

Sebenarnya ada banyak cara menarik untuk memakan bawang putih dan salah satunya adalah dengan membuat Bawang Putih Goreng yang rangup.

Baru-baru ini, Azita Amir sudi kongsikan resepi Bawang Putih Goreng di Facebook yang menarik perhatian ramai. Setelah mencubanya, pasti anda terkejut nanti.

RESEPI BAWANG PUTIH GORENG

resepi bawang putih goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Rendam bawang putih dalam air biasa dulu lebih kurang satu hingga dua jam supaya mudah untuk kita kupas dan tangan juga tak panas.

2. Setelah siap kupas semua bawang putih, sagat seperti biasa dengan menggunakan penyagat, tapi boleh juga hiris dengan pisau mengikut keselesaan anda.

3. Setelah semua bawang putih siap disagat, rendam pula dalam air garam lebih kurang 15 minit begitu supaya getah pada bawang putih tadi hilang pahitnya.

4. Bilas bawang putih, toskan dan goreng dengan minyak masak seperti biasa, tapi pastikan selalu kacau dan menggunakan api sederhana.

5. Buang getah bawang putih yang keluar di tepi-tepi kuali, kemudian angkat dan toskan. Siap!

resepi bawang putih goreng

Apa yang mengejutkan ramai tentang resepi Bawang Putih Goreng ini, anda akan dapat hasil yang kekal rangup dan tak pahit langsung.

Bawang Putih Goreng yang rangup dan manis semestinya membuatkan anda makan sampai berulang kali. Apatah lagi jika ada ikan bilis, lebih bertambah enaknya.

Selamat mencuba!

Sumber: Azita Amir

Baca juga: Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN