
Nak cuba resepi bawal sweet sour yang rangup di luar, manis-masam pedas di dalam? Resipi ini sesuai untuk makan tengah hari atau malam bersama keluarga.
Dengan bawal goreng rangup, kuah Thai sweet chilli pekat dan sayuran segar seperti nenas, capsicum serta bawang holland, setiap suapan pasti menyelerakan.
Selain sedap, resepi bawal sweet sour ni senang disediakan dan cepat siap. Sesuai untuk semua peringkat umur, dari anak-anak hingga dewasa, pasti jadi kegemaran keluarga di rumah.
Baca juga: Bawal Masak Stim Simple, Menu Orang Baru Kahwin Ini Buat Suami Puji Berbakul
RESEPI BAWAL SWEET SOUR

Bahan-bahan ikan dan perapan:
- 1 ekor ikan bawal / siakap
- Garam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
Bahan-bahan kuah:
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- Sweet chilli sauce (Thai) secukupnya
- 2 sudu besar sos tiram
- 7 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- Bawang holland secukupnya
- Halia secukupnya
- 4 batang serai
Bahan-bahan sayuran dan hiasan:
- Nanas, dipotong sederhana besar
- Capsicum, dipotong besar
- Daun ketumbar, dipatah dua
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng Ikan
- Gaul ikan dengan garam dan kunyit serbuk.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng ikan hingga rangup, seko-seko. Ketepikan.
2. Sediakan Kuah Sweet Sour
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
- Tumis serai dan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sweet chilli sauce Thai.
- Tambahkan nenas, capsicum, bawang holland dan daun ketumbar.
- Masak hingga kuah sedikit pekat tetapi sayuran kekal segar.
3. Satukan Ikan Dan Kuah
- Masukkan bawal goreng ke dalam kuah.
- Gaul perlahan supaya ikan tidak hancur.
- Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Tips Tambahan
- Potong sayuran besar supaya tidak hancur semasa dimasak.
- Untuk rasa pedas, tambah cili padi ikut selera.
- Sweet chilli sauce Thai memberikan rasa autentik manis pedas, jangan skip!
- Pastikan bawal digoreng rangup supaya kekal cantik bila dicurahkan kuah.
Bawal Sweet Sour sesuai untuk santapan keluarga atau jamuan istimewa. Resipi ini pasti jadi kegemaran semua kerana manis, masam, pedas dan rangup sekali.
Selamat mencuba!
Sumber: Nazuhaina Azu
Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














