Categories: Resipi

Resepi Bakso Lengkap, Tips Nak Bagi SEDAP Kena Tambah Lemak Lembu, Baru Terangkat Selera!

Cuaca yang mendung ini, sedap juga sekiranya kita makan sup panas. Apa kata anda cuba resepi bakso yang sangat sedap dari negara seberang ini.

Perkongsian ini cukup lengkap dengan resipi bakso, sup dan juga cili yang pasti akan buat anda berpeluh bila menghirup kuah.

Untuk sup yang lebih sedap, anda boleh menambah sedikit lemak lembu ke dalam sup. Ini akan memberikan tekstur yang lebih pekat dan rasa yang lebih puas hati.

Jom baca resipi di bawah ini.

Baca lagi: Tips Telur Dadar Garing & Tak Serap Banyak Minyak, Kena Goreng Ikut Kaedah Ini

RESEPI BAKSO

Bahan-bahan Utama:

  • 1 paket bihun atau mi kuning
  • 1 kg tulang lembu
  • 500 gm hingga 1 kg bebola daging (boleh guna yang sudah siap)
  • Lemak (jika suka, boleh tambah untuk rasa yang lebih sedap)

Bahan Dikisar Untuk Sup (Bumbu):

  • 4 batang saderi
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji buah keras
  • 2 kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Pelengkap:

  • Kubis diracik halus
  • Bawang goreng
  • Sos ABC
  • Kicap ABC

Cara Penyediaan Sup Bakso:

1. Bersihkan tulang lembu dan rebus sehingga empuk. Air rebusan ini akan menjadi asas untuk sup bakso.

2. Setelah tulang empuk, masukkan air rebusan ke dalam periuk yang lebih besar. Masukkan juga tulang lembu, bebola daging, dan mana-mana bahagian daging lembu yang anda suka.

3. Tambahkan lebih kurang 3 liter air ke dalam periuk.

4. Satukan bahan bumbu (saderi, bawang putih, halia, buah keras) bersama sedikit air rebusan tulang dan kisar hingga halus.

5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi hingga naik bau wangi dan pecah minyak.

6. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk sup. Hidupkan api dan biarkan sup mendidih.

7. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Apabila rasa sudah cukup sempurna, tutup api.

8. Rebus bihun atau mi kuning, dan toskan. Bakso siap untuk dihidangkan.

Bahan Cili Bakso:

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk cili api secukupnya
  • 1 biji bawang Holland
  • Kicap ABC secukupnya (boleh gantikan dengan kicap biasa jika tiada)

Cara Penyediaan Cili Bakso:

1. Goreng bawang putih, cili api, dan bawang Holland hingga layu.

2. Satukan bahan yang digoreng dengan sedikit sup bakso dan kicap ABC. Kisar hingga halus. Jika cili bakso tidak cukup gelap, tambahkan lagi kicap sehingga mendapat warna yang diingini.

Sumber: Julia ALeen Aireish

Baca lagi: Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Ikut Style ‘Nogori’ Punya Resipi

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

5 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

5 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

6 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

6 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

6 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago